Gulatis saga: Then Eja, now Zahnita.. future?

I do not know who is the management, but why Gulatis? Why?

zahnita

This is the story (in case you didn’t know) from Utusan Online

Dalam pernyataan tuntutannya, Zahnita mendakwa, beliau telah memberi kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) untuk menggunakan gambarnya bagi majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga mulai Januari 2008.

Menurutnya, KKSB telah memberikan pengesahan melalui surat kepadanya bertarikh 6 Februari 2008 bahawa gambar yang diambil hanya akan digunakan oleh syarikat penerbitan majalah tersebut.

Pada 23 Julai tahun lalu, dakwa Zahnita, Gulatis telah meminta persetujuannya secara lisan untuk menggunakan gambarnya yang menjadi hak KKSB untuk digunakan pada banting dan banner defendan namun tidak dipersetujui oleh beliau.

Sungguhpun begitu, menurutnya, pada 30 Julai 2008, beliau mendapati gambarnya telah digunakan pada iklan poster, banner dan brosur untuk kepentingan perniagaan defendan serta dipamerkan di jalan raya di negara ini secara meluas tanpa persetujuan dan keizinan beliau.

Sebelum kejadian itu, dakwa plaintif, beliau telah bersetuju untuk menjayakan sebuah projek usahasama bernilai RM2 juta dengan syarikat tekstil Jakel Trading selepas menerima surat daripada syarikat itu pada 30 Mei 2008.

Akibat tindakan Gulatis, dakwa Zahnita, pihak Jakel memutuskan untuk tidak meneruskan usaha sama itu setelah beranggapan beliau mewakili pihak defendan dalam saingan industri yang sama.

Plaintif mendakwa, tindakan defendan telah menyebabkannya mengalami kerugian besar dan reputasinya terjejas di kalangan masyarakat umum di samping mengalami gangguan emosi, tekanan, kemurungan dan kesedihan.

Oleh itu, plaintif melalui peguam caranya telah menghantar surat tuntutan pada 19 Ogos lalu kepada defendan untuk menuntut ganti rugi RM2 juta atas kehilangan pendapatan namun defendan enggan menjelaskannya.

Kepada management Gulatis, saya ada cadangan. Disebabkan selalu sangat kena saman, saya telah menghantar portfolio untuk pertimbangan pihak tuan. Saya rela dibalut oleh berela-ela kain.

Gigih berposing depan Gulatis Jalan TAR! Poyo tak?

gulatis

gulatis2

gulatis3

Just kidding!!!….