Wanita Punjabi berjanggut dan berjambang dimalukan tetapi…
29 September 2012Video dan gambar gangguan penyu oleh pelancong di Pulau Perhentian!
30 September 2012Juara Asian Wave 2012, Shila Amzah tetap memberikan persembahan terbaik semasa Konsert Suria FM 2012. Kalau dah pro memang TERBAIK LAH!!!
CuteCarry with Shila Amzah. Backstage. She is wearing her own baju. So designer sekelian alam, tunggu apa lagi. Sponsorlah dia.
CuteCarry berjumpa dengan Shila di backstage sebelum beliau mengadakan persembahan. Seperti biasa dia memang humble seperti dahulu. Elok lah seperti itu, janganlah jadi macam sesetengah artis baru je nak glamour mula berlagak dan sombong. Jika tiada kepentingan dengan dia, memang sombong tetapi bila tahu kita ada berkepentingan, baru nak baik. Contohnya ialah **** *****! Sombong gila. Memang la tidak lama kau berada didalam industri. Sekarang ni pun dah slow dan ke arah suam-suam kuku.
BTW. To Shila,Congratulations, love your attitude.Remember to keep your feet on the ground and keep reaching the star while your money up up shoot to the sky! You are a great girl!! Apa yang Shila perlukan sekarang ialah killer song yang akan menaikkan lagi nama beliau. Suara,rupa,perangai semua dah ada ..kalau ada lagu-lagu yang sangat meletup,she is the next Siti Nurhaliza!
Shila nampak kurus sedikit berbanding dahulu dan CuteCarry pun tanya la pada dia berkenaan susut badan tu. Shila cakap sebab semasa di Shanghai dia kurang makan.Tetapi kurus-kurus pun memang makin cantik!!
Forgive the kuah kacang dripping!
Bercakap tentang makanan,jika Shila tidak lalu makan, CuteCarry pula dengan hebatnya makan di khemah VIP. Banyak makanan disediakan, sementara orang lain dok bersorak dengan artis-artis seperti Ella, Faizal Tahir sehinggalah kepada pengacara Suria FM seperti Nabil dan Kenchana Devi, CuteCarry pula sibuk makan!
View from the VIP tent.
Terima kasih kepada Presiden Putrajaya Holdings kerana menjemput CuteCarry ke konsert tersebut.Sebenarnya CuteCarry memang malas hendak menghadiri konsert terutamanya di tempat terbuka dan berasak-asak. Bukannya hendak berlagak diva ye tetapi mungkin sekarang ini hanya sukakan tempat yang tenang. Zaman dulu-dulu muda remaja memang sukalah ke konsert tetapi sekarang sangat memilih konsert apa yang hendak dihadiri.
Faktor usia? Maybe…
Lite-lite. That’s it.