Musicgasm: Shila Amzah menang Asian Wave 2012 di Shanghai, China
21 September 2012Gambar majlis pertunangan Diana Amir
23 September 2012CuteCarry posing bersama jaket yang dibeli hasil daripada beratur juga. Bukan di H&M.
H&M telah dibuka di Malaysia. Kalau sesiap yang tidak tahu apa itu H&M,ia adalah sebuah shopping centre yang menjual item fesyen pada harga yang agak berpatutan. Hendak komen banyak-banyak berkenaan harga dan barangan yang dijual pun rasanya tidak wajar kerana CuteCarry hanya pernah ke H&M ketika berada di London zaman dulu-dulu. Kalau kat London memang murahlah barangan yang dijual.
Excited!! Dengar kata ada yang menunggu berjam-jam sebelum H&M dibuka untuk bershopping. Put on ur shopping shoes and your plastic card!!! CuteCarry tidak sempat untuk bershopping di H&M Kuala Lumpur (yang terletak di Lot 10, Bukit Bintang) sebab punyalah ramai orang. Hendak masuk pun kena beratur, malas rasanya nak beratur kerana tiada ‘sasaran’ penting yang hendak dibeli. Tetapi agak tidak best bila asyik terdengar dan membaca orang-orang yang amat hebat sekali memerli, menghentam dan mengutuk mereka yang beratur panjang dan menunggu untuk bershopping di H&M Kuala Lumpur.
Oh puh leezzzz… ..let them shop!!!
KUTUKAN:
Ada yang siap cakap budak -budak yang beratur depan H&M tu memang jenis excited lebih-lebih dan tidak pernah ke H&M, kalau di oversea terlalu biasa dan budak-budak sekolah pun bershopping di situ. Buat malu orang Malaysia je.
KOMEN CUTECARRY
CuteCarry tahulah yang mengutuk sudah biasa ke oversea, H&M tu seakan-akan TESCO bagi mereka. Tetapi bukan semua orang mampu ke oversea, ke London,Paris, New York seperti anda. Kalau ada sesuatu yang baru di Malaysia, haruslah mereka excited dan hendak merasa shopping. Jika anda bergembira dengan Gucci dan Lanvin, biarlah mereka gembira dengan H&M. Oh…. anda mampu shopping Lanvin di mana seluarnya boleh beli satu motorbike, cukuplah setakat jika mereka hanya mampu shopping Lanvin for H&M (bila nak ada lagi ye Lanvin for H&M?)
KUTUKAN:
Beratur panjang berjam-jam hanya nak beli baju…buat malu je orang Malaysia!!!
KOMEN CUTECARRY
Mulut sedapnya mengutuk… kenapa tidak mengutuk orang yang beratur berjam-jam untuk beli burger bakar tu? Setiap orang ada kesukaan mereka. Jika anda suka beratur panjang untuk beli burger bakar yang ada cheese meleleh dan daging tebal so apalah salahnya jika kita beratur untuk beli helaian Anna De La Russo for H&M? Kita tidak mengutuk pun orang yang beratur beli makanan. Mungkinlah…kita hanya akan tegur sikit-sikit beberap minggu kemudian berkenaan saiz perut anda akibat makan terlalu banyak!
KUTUKAN:
Bangun pagi untuk beratur. Buang masa. Hendak beli baju pun kena bangun pagi.
KOMEN CUTECARRY:
Wah wah wah…jika anda bangun pagi untuk tengok bola tu tidak mengapa pula.
PENGAKUAN:
CuteCarry pun pernah beratur panjang untuk beli baju kegemaran. Yeng penting orang pertama masuk!!! Tak kisahlah orang hendak kata apa!!
Lite-lite. Thats it.