7 TIPS MEMILIH PAKAIAN UNTUK MASALAH LENGAN BESAR.
8 November 2018Psstt… CuteCarry hendak buat SEMINAR PERCUMA
10 November 2018Siapa yang tak ada tshirt memang tipulah. Baju yang paling selesa dipakai dan makin nipis, bukan sahaja makin seksi, tapi makin sedap dipakai adalah tshirt!
Walaupun material tshirt ni nampak sama, kenapa ada tshirt yang mahal dan sangat mahal sampai tak logik akal?
Tapi kalau dah harga ratusan ribu sampai jutaan ringgit, dah kenapa? Semestinya ada kisah yang kita tidak tahukan..
1) John Lennon Home – RM65,600.00
John Lennon yang meninggal dunia akibat ditembak oleh salah seorang peminat fanatiknya, diketahui seringkali mengenakan t-shirt berwarna jingga bertulis dengan perkataan “Home”.
T-shirt itu adalah pemberian dari seorang pemilik restoran bernama Home, dan menjadi terkenal setelah dipakai oleh John Lennon saat konsert.
Rupanya pengakhiran Lennon dengan tshirt “Home” itu telah menjadikan harga tshirt itu lebih berharga dan mahal. Tshirt itu dijual dengan harga yang sangat mahal iaitu mencapai US$ 16,400 atau sekitar RM66 ribu.
2) UNICEF Cargo Flight – RM1.2 juta.
UNICEF telah melelong T-shirt Hanes / UNICEF 1996 Olympics yang berjaya dijual berharga RM168 ribu, UNICEF kembali melelong t-shirt kosong dengan lakaran kartun yang berjaya terjual hingga US$ 300 ribu atau sekitar RM1.2 juta.
Hanes/ yang aktif dalam bantuan amal telah melakukan bantuan amal untuk golongan yang tak berkemampuan menerusi acara lelongan.
Tshirt dengan design gambar pesawat yang menjatuhkan kotak bantuan itu hanya ada 12 helai di dunia dan dibeli oleh salah satu dermawan.
3. Superlative Luxury – RM1.6 Juta
T-shirt termahal di dunia dengan harganya sama seperti sebiji kereta mewah Lamborghini!
Walaupun nampak tshirt hitam biasa, ianya dibuat dengan bahan 100% bebas CO2 (Karbon Dioksida). Superlative Luxury dilancarkan di London pada tahun 2012.
Memang patut pun harganya tersangatlah mahal dan tak masuk akal, rupanya bertakhtakan 16 butir berlian yang exklusif dan istimewa!. Tak hairanlah kalau harga t-shirt simple macam tu mencecah harga sehingga US$ 400 ribu atau sekitar RM 1.6 Juta!
Walaupun bagaimanapun tanggapan kita, ada sebabnya harga sesuatu barang itu mahalkan. Antaranya adalah kerana kualiti, sejarah tshirt dan kerana dana sumbangan yang dilakukan atas kerja amal. Soo uols, cuba tengok tshirt yang uols pakai buat kain buruk tu, entah-entah harga berjuta-juta, tapi rupiahlah!
————————–
PANDUAN ILMU GAYA DAN IMEJ
Buku Gaya Untuk Berjaya
http://buku.cutecarry.com/
RM50
Postage : RM7
Jumlah: RM57
8600667554 CIMB
CUTECARRY
Sertakan:
Nama
Alamat
http://www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry
————————————–
Untuk sebarang pertanyaan & jemputan mengendalikan seminar.
CALL & WHATSAPP:
019 337 6807
019 329 0397
03 8940 6807
HUBUNGI:
training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
ILMU PERCUMA:
http://buku.cutecarry.com/