Good luck Deborah Henry.. see you in Sau Paulo!
18 August 2011Tips membeli tudung ONLINE daripada ButikPinkku
19 August 2011CuteCarry pun tidak tahu tentang artikel ini muncul sehinggalah ada orang SMS!
Gambar CuteCarry yang tengah ternganga ini diambil semasa memberi ceramah di Jabatan Pembangunan Wilayah (JPW),Wilayah Persekutuan.
Terima kasih tidak terhingga kepada JPW (semuanya terutamanya Puan Pengarah yang vogue tu, Fiza Halim Faisal!) dan juga wartawan Utusan Malaysia, Zuhayati Yazid.
Artikel sepenuhnya, baca ini ye.
Bergaya dengan bajet rendah
Gambar MOHD. IQBAL ROSLI
WANITA adalah pencinta fesyen. Sama ada yang berkerjaya mahupun suri rumah pastinya semua mahu kelihatan kemas dan bergaya.
Sayangnya, ramai yang tersilap langkah apabila pemilihan pakaian ke sesuatu majlis tidak kena dengan gaya dan diri.
Adakah juga yang menjadikan kos sebagai alasan untuk tidak tampil bergaya. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh tampil bergaya walaupun dengan bajet yang rendah.
Menurut perunding imej, Mohd. Hafiz Nik Mustapha, seseorang boleh bergaya biarpun mempunyai bajet yang rendah tetapi haruslah mengikut kesesuaian.
Katanya, cara seseorang bergaya di pejabat mempunyai banyak kaitan dengan budaya korporat syarikat tempat individu itu bekerja.
Sama seperti kod berpakaian, bidang kerja yang lebih kreatif dan relaks memberi ruang kepada rutin kecantikan yang tidak terlalu ketat.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, terdapat beberapa ‘peraturan’ yang melibatkan semua wanita.
Pertama sekali, jangan malu bersolek ketika ke pejabat. Malah amalan bersolek merupakan perkara ‘wajib’ kepada seseorang pekerja.
“Biarpun nipis, ia perlu bagi memastikan individu itu kelihatan lebih bergaya. Namun pastikan solekan kemas dan tidak comot,” ujarnya pada ceramah penampilan diri untuk wanita anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya baru-baru ini.
Kata Mohd. Hafiz, solekan tebal boleh digayakan ke pejabat. Tetapi jika rutin kecantikan seseorang itu ketika ini hanya melibatkan pelembap muka dan senyuman, maka mulalah perlahan-lahan belajar bersolek dengan betul.
Solekan ringkas selalunya membantu terutama apabila individu itu perlu menghadiri mesyuarat atau makan tengah hari yang penting.
Ketika ditanya mengenai fesyen pula , Mohd. Hafiz memberitahu, kaum wanita harus bersyukur kerana boleh menggayakan apa sahaja asalkan ia sesuai untuk ke pejabat.
Bagi wanita yang bertudung, bukanlah satu masalah untuk bergaya tetapi perlu perlu bijak membuat pilihan.
Tegasnya, pilihan pakaian harus bertepatan dengan tempat dan suasana yang dihadiri.
“Pasti janggal melihat seorang eksekutif muda melangkah ke pejabat dan membentangkan kertas kerja dengan pakaian penuh berlabuci dan manik berkilauan.
“Bukan saja nampak pelik, malah fokus rakan sepejabat mungkin juga akan berpindah pada kilauan daripada terus membincangkan topik tugasan,” ujarnya berterus terang.
Sementara itu, Pengarah JPW Wilayah Persekutuan, Norafiza Halim Faisal memberitahu, penampilan diri penting kepada seseorang pekerja.
Malah katanya, ia juga melambangkan sesebuah organisasi tersebut.
“Sebagai pekerja yang beretika, cara penampilan juga harus dititikberatkan sebab itu ia perlu diberi penambahbaikan dari semasa ke sama selain mengikuti etika berpakaian yang sesuai,” katanya.
Bagi yang berminat dengan program-program melibatkan kaum wanita bolehlah mendapat maklumat di pejabat JPW atau menghubungi talian 03-26922004 atau melawati laman web di www.jpw.gov.my.