Hot momma: Gambar Memey mengandung!

Betullah apa yang dikatakan BabyGlow. Bila terlihat wajah Memey didalam Mingguan Wanita, memang berseri-seri. CuteCarry dah banyak kali berjumpa dengan Memey dan tidak  dinafikan dia memang cantik tetapi waktu mengandung ini rasanya dia lebih cantik plus berseri-seri!!!

Pakaian mengandung juga memainkan peranan penting untuk mendapat keserian sewaktu mengandung. Tetapi ramai kawan-kawan CuteCarry yang mengandung menghadapi masalah malas nak bergaya dan bermake-up. Cutecarry tidak boleh komen apa-apa sebab ada dikatakan ia berkaitan dengan hormon. Eerm…mungkinkah? Maybe betul sebab kawan-kawan Cutecarry yang superstylo tiba-tiba waktu mengandung memang malas betul. Jika sebelum mengandung nak keluar pun kena bersiap berjam-jam tetapi ketika mengandung 5 minit tak sampai bersiap; ¬†pakai tracksuit dengan t-shirt bodoh je. Tidak kisah apa orang hendak kata kerana mereka memang tiada mood nak make up. Tetapi selepas beranak, mereka kembali kepada sifat sebenar. Berjam-jam nak keluar, sejam uruskan anak, sejam lagi nak make up!

Walaupun ada yang memang berseri-seri waktu mengandung, tidak kurang juga ketika mengandung muka jadi kusam. Katanya disebabkan oleh ‘keserian ditarik oleh bayi tu’. Lepas mengandung CuteCarry tengok elok balik muka. Mungkinkah?

Tetapi perkara pasti ialah bila dah beranak…

SEMUA SIBUK NAK KURUS!

Lite-Lite. That’s it!