
PERFUME PERCUMA DARIPADA CUTECARRY
13 Januari 2018
Jangan mimpi hendak dihormati jika tiada adab
5 Februari 2018She is not an artist. She is not in entertainment industry. So we don’t force her to look like one.
CuteCarry telah diberikan tanggungjawab untuk styling program Nona Tv3. Klien seorang usahawan yang berjaya iaitu Puan Yusliza Yussof daripada CT WANI SDN BHD.
Job ini sangat last minute dan cabarannya ialah cutecarry tidak bertemu secara langsung dengan Puan Yusliza kerana kesuntukan masa. Beliau berada di luar negara dan masa yang diberikan hanya sekitar 48 jam untuk membentuk 3 looks. Imaginasi digunakan dengan perbincangan melalui whatsapp group.
CuteCarry & associate stylist Mira Aziz memang kerja kuat discuss pagi petang siang malam, cari baju dan mix & match. Gaya Puan Yusliza adalah feminin dan kami beri sentuhan chic.
Cabaran lagi ialah styling dibuat di tiga lokasi ladang di Lanchang, Pahang, kawasan pembinaan dan pejabat. Sehari suntuk penuh cabaran tapi alhamdulillah pelanggan Puan Yusliza amat gembira dan berpuas hati.
Look 1. Lokasi Ladang ternakan
Tema alam sekitar dan kami memilih warna coklat. Long flowy cardigan amat digayakan dengan blouse, jeans dan ankle boot. Tips untuk pakai long flowy cardigan ialah ia perlu sepadan dengan ketinggian. Jika anda terlalu rendah, jangan sampai labuhnya melebihi lutut. Seeloknya gayakan dengan kasut tumit tinggi.
Look 2: LOKASI KAWASAN PEMBINAAN: CONSTRUCTION SITE
Gaya lebih ringkas dengan warna kegemaran Puan Yusliza iaitu merah jambu. Kami gayakan dengan trend 2018 iaitu checkered pants / seluar petak-petak. Gabungan feminin dengan sedikit sentuhan maskulin. Pakaian koleksi MNH Inspire
Bila disebut pakaian korporat office wear untuk Puan Yusliza, terus saya tolak blazer, suit or coat. Her style is feminine so pair with blouse, cardigan yang sama warna & abstract print skirt.
Ia nampak chic dan tidak akan buang elemen feminin kegemaran beliau. Styling untuk client by CuteCarry.
Blouse Tasbeeh Boutique & Cafe. Cardigan + Skirt koleksi dari MNH Inspire .Hijab dari Muzz Hijab.
Jadi stylo dan berjaya juga menonjol dengan sentuhan perunding imej berpengalaman. Photoshoot, company profile atau persediaan untuk berubah.
019 337 6807
training@cutecarry.com