Kelas Imej seluruh negara untuk tentera, jururawat, pelajar,peguam, penyampai kaji cuaca sehinggalah kepada penemuduga!
7 Oktober 2013Kursus Imej, Protokol Majlis dan Pengacaraan bersama bakal HAKIM!
10 Oktober 2013CuteCarry bukanlah fashion designer tetapi kadang-kala diminta oleh bakal pengantin untuk memberikan konsultasi berkenaan dengan pakaian. Oleh itu, tugas CuteCarry ialah untuk memastikan baju yang direka dan dibuat menepati potongan dan citarasa bakal pengantin. Antara tips yang boleh diberikan ialah:-
My latest session fitting ialah bakal pengantin yang akan memakai persalinan Radzuan Radziwill dan kasut Dior.Superb!!
i. Jangan lupa bawa kasut ketika ke sesi fitting. kasut yang dimaksudkan ialah kasut yang akan dipakai ketika kahwin nanti. Jika kasut tidak sama, berkemungkinan labuh kain tidak sama semasa bersanding nanti
ii. Jalan dan duduk. Berjalan semasa fitting untuk keselesaan anda dan cuba duduk. Ini adalah kerana bakal pengantin akan duduk sewaktu bersanding atau bernikah. Jika terlalu ketat, dibuatnya terkoyak waktu duduk tak ke haru-biru?
iii. Pakai pakaian dalam yang sesuai. Cuba pakai pakaian dalam yang anda akan pakai ketika hari perkahwinan nanti. Ada diantara pakaian dalam yang tidak sesuai dan seterusnya mencacatkan pemandangan ketika dalam gambar. My simple rule is ALWAYS go with nude underwear.
iv. Bawa bakal suami. Ini amat penting supaya suami dan isteri kelihatan sedondon waktu bergambar pada hari perkahwinan. Jika suami rendah, berkemungkinan isteri boleh menukar ketinggian kasut. Jika suami nampak terlalu rendah pun, tidak best juga kan.
v.Akhir sekali, bawalah mereka yang boleh dipercayai. Rakan, kaum keluarga atau sesiapa sahaja yang boleh memberi komen tentang pakaian anda. Jika hendakkan khidmat pakar, hubungi CuteCarry!!
Berminat untuk mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, sila call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com or click disini