Weekend Rock & Roll tengkorak look?
26 Mei 2013Once you go black…why don’t go for nude!
27 Mei 2013Maaf sangat sebab lambat upload entry ini kerana blog ini mengalami masalah teknikal. Walaupun perasmian Modest Culture pada minggu lepas, CuteCarry hanya berkesempatan untuk update entry ini pada hari ini. Perasmian yang diadakan pada hari yang sama CuteCarry balik daripada Pangkor kerana mengendalikan training untuk front liner. CuteCarry ambil feri daripada Pangkor jam 7.00 pagi dan sampai ke jeti Lumut jam 7.30 pagi. Bawa kereta seorang diri ye, assistant tiada waktu tu dan sampai KL jam 11.00 lebih, balik rumah,freshen up lepas tu terus ke majlis perasmian butik!
Prof is wearing her own line while CuteCarry is in candy stripes top beli kat souvenir shop tepi pantai kat Pangkor (sempat shopping ye walaupun sibuk!), white jacket from Pratunam, Bangkok, jeans dari bazaar di Beijing, shades Gucci.
Memang berbaloi CuteCarry ke sini sebab mendapat layanan yang amat baik daripada Prof Dr Muhaya. CuteCarry naik segan pula sebab siapalahkan CuteCarry ni,hanya sekadar orang-orang biasa sahaja,I am nobody; not like her.. somebody tetapi mendapat pula layanan ramah daripada Prof yang amat terkenal. Seriously, I am so, so segan tetapi tetap bercakap dengan dia. I don’t know why I become so segan, maybe I adore her charisma. CuteCarry banyak berinteraksi dengan orang-orang ternama sebelum ini dan rasa macam biasa je tetapi dengan Prof rasa macam OMG..so segan!
Biduanita Sharifah Aini juga turut hadir. Gambar ini disnap secara candid oleh assistant CuteCarry, you can see my body language kan, I sangat malu! Well..pemalu is not really my nature… Assistant CuteCarry pun macam perasan.
CuteCarry berminat dengan koleksi Modest Culture ini kerana setelah mengupload entry berkenaan dengan tudung Prof Muhaya, ramainya orang tengok entry tu, so I am so, so like interested to see the designs.
Kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa koleksi Modest Culture ini memang untuk wanita muslimah sejati. CuteCarry tidaklah begitau pandai tetapi tahulah juga sikit-sikit berkenaan dengan aurat, seperti mana tidak boleh didedahkan dan tidak boleh menonjolkan bentuk badan (kalau salah, ustaz-ustazah jangan bantai CuteCarry ye).Terlalu banyak jenama yang menggunakan tagging “pakaian muslimah” tetapi rasanya kurang menepati konsep yang dimaksudkan. Modest Culture menepati ciri-ciri muslimah dengan solat ready, tudung adalah labuh dan menutup dada dan blouse, jubah, top adalah tidak ketat.
Tetapi banyak juga pakaian yang menjual koleksi muslimah sejati seperti itu diluar sana tetapi CuteCarry tengok tidak menepati mereka yang berkerjaya dan suka berfesyen. Ada yang terlalu konservatif sampai tahap agak membosankan. Fesyen muslimah tidak semestinya membosankan..
Rekaannya Modest Culture moden dan fashionably acceptable, from floral to animal print and abstract to plain. Sapa terfikir yang animal print boleh nampak menarik walaupun menutup aurat. Kebanyakan fabrik yang digunakan ialah daripada lycra bermutu, cotton dan tidak panas. Sesuai dipakai untuk ke pejabat ataupun majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.
Harga pula amatlah berpatutan dengan mutunya, tudung sekitar RM100 ++ dan pakaian pula sekitar RM200 to RM300++. Memang amat berpatutan. Disini diletakkan beberapa pilihan CuteCarry:-
Outerwear and inner wear. Jika ingin keluar rumah, just throw in the black. Each sold separately. CuteCarry mix and matchkan untuk anda, so you can get the idea.
You can choose the tudungs… did i tell you ada animal print?
Tapi my ultimate pick ialah definitely Signature line by Prof Dr Muhaya. Ia ada matching skirt and tudung dengan top dan berharga hanya RM449 complete full set. Very affordable! Warna koleksi signature ini ialah daripada warna pastel dan soft tone. Effortless yet chic and ohh..islamic.
Tips: It is ok to wear print/corak tudung sama dengan skirt tetapi jangan tudung sama dengan baju..
Selain daripada menjual baju, anda boleh membeli dessert, you should try kek kurang manis (menggunakan gula stevia) dan juga buku-buku tulisan Prof Dr Muhaya.
So, how to get there?
No. 28-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang 43000 Kajang Selangor. (Berhampiran seksyen 7 Bangi).
Well.. nak bagi arah pun CuteCarry tak tahu sangat tetapi kalau daripada Seri Kembangan/Putrajaya ambil tol Sg Ramal jalan terus dan SEBELUM sampai ke Tol Kajang tu buat u turn dan perhatikan sebelah kiri anda sehingga anda nampak sign Taman Putra Kajang. Masuk dan pusing kiri, dekat area tu ada restoran arab.
Tahniah Prof dan anak bersama keluarga yang mengendalikan perniagaan ini. Semoga menjadi The Chanel of Muslim Wear!
ps: CuteCarry juga terjumpa dengan beberapa orang followers dan peminat CuteCarry pada hari tersebut. Thank you..thank you..