Brunch: Dim sum black charcoal bun di China Treasure, Sime Darby Convention Centre
5 July 2013Hilangkan jeragat dari dalam! (Michelle Obama dan Umie Aida pun makan benda ni!)
17 July 2013Yeayyyy.. tahun ini adalah tahun gembira CuteCarry kerana dalam masa pertama kali dalam masa sepuluh tahun, CuteCarry berpeluang untuk berbuka puasa pada awal Ramadan bersama keluarga di kampung. Selama lebih sedekad CuteCarry terlalu sibuk dengan tugas dan peluang berbuka puasa hanya pada ketika hari-hari akhir ramadan.
Jika di KL, jika hendak mengharapkan CuteCarry ke Bazar Ramadan, maknanya mungkin peluangnya agak tipis. Berlumba dengan masa yang amat terhad, kesesakan jalanraya dan juga pelbagai jenis kerja yang menunggu, penyelesaian ketika berbuka puasa ialah beli sahaja apa yang nampak di tepi jalan. Jika di KL juga, CuteCarry sibuk memenuhi undangan jemputan majlis berbuka puasa, kena hadir atas jemputan rakan-rakan atau disebabkan oleh perniagaan.
Bazar Ramadan yang pertama dilawati pada tahun ini di kampung CuteCarry, Kuala Kangsar. Ada beberapa buah bazar ramadan di sini tetapi yang paling meriah ialah Bazar Ramadan di Arena Square, di tepi sungai Perak.
Jom ikut CuteCarry berjalan disekitar bazar ini
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=1Kj2PY7tZPQ[/youtube]
Bazar Ramadan di sini telah wujud sejak mmmm…..as long as I can remember kut. Beberapa jenis peniaga juga telah wujud setelah sekian lama, antaranya ialah Murtabak Cik Mat. Ia sudah agak sinonim dengan bazar ramadan di sini dan oleh sebab itulah setiap kali kalau hendak membeli martabak ini mesti kena beratur. Jika pada hari yang amat sibuk, kena ambil nombor pulak, kalau ada kaunter, memang macam dekat bank.
Sedap sangat ke martabak ini sampai beratur? Ia popular kerana branding, iaitu Cik Mat sudah bertapak di Kuala Kangsar sudah bertahun-tahun lamanya. Murtabaknya memang lembut, I can taste the slices (yes.. martabak pun ada layering ye, bukan sahaja baju ada layer) rempah secukup rasa. Terdapat dua jenis martabak iaitu ayam dan daging, tetapi jika makan bawang mendominasi rasa martabak. Tetapi jika tiada bawang tiada sedap juga kan. Kalau hendak merasa martabak kuale yang famous, sila lah ke Pasar Ramadan Kuale.. jika pada hari biasa boleh beli di pasar minggu di sekitar Kuala Kangsar. Harga RM4 sekeping.
Apa lagi yang best di Pasar Ramadan Arena Square Kuale ni?
Kuih lapis. Gerainya terletak di barisan tengah. Tiada label nak describe tapi kalau ke sana, penjualnya muka seperti cina (somebody told me she is chinese convert to muslim). MEMANG MARVELOUS kuih lapisnya. CuteCarry makan sekeping, terus puji, sekeping lagi..puji lagi. Sedapnya!!!! So belilah cepat.
CuteCarry posing dengan satu cendol Lempor. FYI, Lempor adalah salah satu nama kawasan di kuale. Kat sini banyaklah makanan berdasarkan nama tempat!
Sesudah membeli, inilah hasilnya