Tips untuk slim dan kempiskan perut daripada Rozita Che Wan

Rahsia ini telah pun disahkan oleh tuan punya bentuk badan hourglass iaitu Rozita Che Wan. Tips untuk beliau mempunyai badan yang slim walaupun telah mempunyai anak dan umur meningkat ialah senaman sit up.

SIT UP 400 kali sehari!!!

 

SILA TONTON VIDEO DIBAWAH

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=OHyG_MqJPqg[/youtube]

CuteCarry pernah dengar berkenaan dengan rejim 400 kali sehari Che Ta tetapi ingatkan ia hanyalah sekadar ‘rumours’. Che Ta juga tidak memakai korset. Ada diantara yang tidak percaya tetapi rasanya tidak mustahil.

CuteCarry ada kawan-kawan yang telah melahirkan anak tetapi badan tetap maintain. Kalah anak dara badan ataupun mereka yang belum beranak. Rahsia mereka adalah menjaga pemakanan dan juga bersenam. CuteCarry pun rasa bersemangat bila tengok diaorang bersenam. RASA MALU PUN ADA TENGOK DETERMINATION DAN KERAJINAN MEREKA. Kaki kecil, perut nipis dengan wajah cantik. Corset pun diaorang pakai tetapi untuk mengekal bentuk badan.

Bukannya mudah untuk mendapat bentuk badan yang diingini.
Ramai perempuan yang CuteCarry KENALI mengeluh badan naik dan berasa gemuk dan ingin mendapat bentuk badan kurus tetapi nasi dihadap sepinggan penuh atau lebih, mee goreng berminyak disapu habis,pizza s LARGE boleh habis, durian crepe-pavlova-cheese cake-ice cream-coklat memang pantang nampak, teh atau nescafe tarik setiap hari minum! Bersenam memang jauh sekali daripada gaya hidup mereka.

CuteCarry hendak nasihat lebih-lebih pun takut nanti mereka terasa. Bila tengok diaorang makan, seriously I’m quite surprised and scared. Takut tentang penyakit yang mungkin akan menimpa mereka.

CuteCarry hanya diam (diam lebih baik) dan hanya mampu tengok punggung mereka besar bak kuali buat rendang dan perut berlipat-lipat. Kalau diaorang pakai corset pun dengan perut berlipat macam tayar lori pecah, memang nampak macam balutan buah cempedak diluar pagar. I wonder how the ladies can cope dengan persekitaran dan current lifestyle.

One more time: I will keep my mouth shut… diaorang sudah boleh berfikir dengan sendiri, siapalah CuteCarry hendak nasihat lebih-lebih.

Badan CuteCarry pun TAKLAH MACHO atau ada six pack (one pack adalah!!!). Tetapi at least I try to watch what I eat dan bersenam. Ia bukan hanya untuk kurus tetapi untuk kesihatan. Dah tua-tua ni memang kena bersenam,kalau tak badan akan berasa lesu dan tidak bersemangat!

Seperti Che ta cakap: “Kepada wanita-wanit semua, kalau hendak cantik kena rajin!”