Pada setiap tahun Petronas setiap kali perayaan menyiarkan iklan yang menyayat hati, daripada kisah ibu yang beranak ramai sehinggalah kepada anak lelaki yang teringatkan ayahnya yang telah meninggal dunia.
Pada tahun ini Petronas sekali lagi mengembalikan semangat perayaan dengan iklan Tahun Baru Cina.
CuteCarry tiadalah pula dijemput berlakon kan, takpelah, post-post dalam entry ini pun ok.
Tee I am Glam MERCH by Ze, shades Gucci, and rantai Thomas Sabo mini dragon (tahun naga kan.). TQ to Ze and Thomas Sabo sebab hadiah pada CuteCarry
Watak-watak utama dalam iklan ini iaitu:-
- Doktor gigi yang ditugaskan di kawasan pedalaman India
- Kanak-kanak lelaki di China yang bekerja keras untuk keluarganya
- Wanita muda yang membuat dua kerja untuk menyara hidup di London
Daripada CuteCarry dok bercerita mengenai segala bagai watak-watak ini kalahkan penganalisa filem, baik tengok dulu iklan ini dan hayati pengajaran daripada iklan tersebut:-
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=MTJH_n2SPJQ[/youtube]
Dah dapat pengajarannya?
Yes…selain daripada ia adalah bertemakan sambutan tahun baru Cina yang mana semua ada makan besar, ia juga mengenai pengorbanan untuk berjaya dalam hidup. Masyarakat cina memang dikenali sebagai survivor, dimana-mana sahaja ada masyarakat Cina.Ini adalah kerana mereka pandai untuk mengadaptasi dengan keadaan semasa untuk terus hidup dan berjaya. Dimasa kesusahan, adalah penting untuk mencari sinar kejayaan didalam setiap kesusahan. Iklan ini juga menunjukkan bahawa keberanian dan hidup progresif menjadikan manusia itu adalah yang terbaik dikalangan terbaik.
Senior General Manager of Group Corporate Affair Division, Dato’ Mohammad Medan Abdullah menyatakan di siding akhbar tayangan iklan ini. “Iklan TV ini bukan hanya untuk meraikan Tahun Naga tetapi semangat kecekalan, ketahanan, adaptasi dan usaha gigih yang ditunjukkan. Semangat ini perlu dijadikan inspirasi untuk kita menghadapi cabaran hidup. Ia juga menunjukkan semangat ketahanan, kekuatan untuk melihat peluang, tenaga untuk menerukan kehidupan,memperbaiki dan bergerak maju kehadapan tetapi tetap berpegang pada nilai-nilai kita.Semangat inilah yang membentuk pembentukan budaya korporat Petronas Reimagining Energy™ yang menekankan dan meraikan ketahanan manusia untuk terus berjaya didalam apa yang dilakukan.
Apart from the TVC, PETRONAS is also organising a photography contest themed Reimagining Energy™, in collaboration with Leica Camera AG.
Selain daripada iklan tersebt, Petronas juga menganjurkan pertandingan photografi bertemakan themed Reimagining Energy™, dengan kolaborasi bersama Leica Camera AG. Untuk menyertainya, anda hanya perlu merakan gambar sambutan tahun baru Cina yang bertemakan “Reimagining Energy”.
Tak paham? Menurut kata Dato Mohammad Medan ““Energy is everywhere, in everything we do, and especially at this time. It could be the excitement and the bonding during the reunion dinner, or it could be the hustle and bustle of shopping for and decorating the home. It could even be a portrait of the wise grandfather of the family, or a picture of the lanterns that light up our cities”
So adakah anda faham temanya. Cuba rakamkan semangat meraikan tahun baru cina,segala-galanya daripada makan besar sehinggalah kepada tanglung. So, anda kreatif kan?. Mesti tahu nak capture gambar jenis cam mana kan!
Bila dah ambil gambar tu, upload di Petronas facebook page
Hadiah menarik menanti pemenang,disamping itu ia akan dipamerkan di Galeri Petronas.
Petronas juga akan menganjurkan kelas fotografi di sekolah-sekolah dan kolej-kolej terpilih untuk membantu golongan muda menonjolkan bakat disamping sebagai satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu.
Iklan ini akan ditayangkan bermula 17 sehingga 6 Februai 2012. Untuk kejutan yang lebih hebat, apa kata kunjungi Petronas YouTube Page .