Jom shopping di Oasis Boutique..effortless, timeless and affordable!
20 Jun 2011Kad Kahwin Norman Hakim dan Memey pakaian oleh Ezuwan Ismail
21 Jun 2011Tajaan: Suit oleh Ezuwan Ismail manakala rambut produk Schwarzkopf
Kisah sponsor-sponsor ini bukanlah perkara yang baru. CuteCarry pun selalu kena sponsor, kalau tidak kena sponsor macam mana blog ini hendak beroperasi. Sponsor akan membayar sejumlah wang untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan dan tugas CuteCarry adalah mem’blog’. CuteCarry juga disponsor pakaian, perkhidmatan dan lain-lain. Walaupun tidak sebanyak blogger-blogger famous yang lain, syukur alhamdulillah. Banyak lagi cara sponsor melalui blog ini, kalau nak cerita di entri lain ya. Kisah baju yang disponsor hampir rosak di tandas Petronas? erm… entry lain lah ye, kali ini kita bercerita berkenaan dengan seorang kawan dinamakan sebagai A yang kuat sponsor atau spedo skandal.
CuteCarry tidak kisahlah dia hendak buat apa pun sebab duit masing-masing, apa CuteCarry hendak peduli. Lagipun A CuteCarry ini bukanlah jenis kawan sehidup semati tetapi kategori B iaitu kawan tetapi tidak terlalu rapat (jangan ingat beg Louis Vuitton tiruan je ada grade, kawan CuteCarry juga ada grade.Adakah anda beli beg tiruan, sangat tidak patut ok, you’re fooling no one but yourself!).
Kawan CuteCarry ini kerjanya bolehlah tahan, gaji cukup untuk membayar rumah dan segalanya. Tetapi sejak berkawan dengan dia ini, agak susahlah dia hendak mengeluarkan duit untuk belanja kawan. Don’t get me wrong, I am okay with that. Itu duit dia, buat apa kita hendak suruh dia belanja. Jika keluar dengan dia, selalunya CuteCarry lah belanja. Tidak rugi mana pun setakat makan Burger King atau minum di kedai mamak. Sejujurnya, CuteCarry rasa gembira belanja orang makan, sebab CuteCarry percaya, what you give you get back. Tetapi satu peristiwa yang buat CuteCarry sedikit ‘tidak selesa’.
Kisahnya ialah kawan CuteCarry, A