
Brand Mahal Tak Semestinya Berkualiti?
25 Mei 2022
Apa?? JPA Jemput CuteCarry Buat Seminar!!
7 Jun 2022Kalau anda masih ingin terus membaca selepas lihat ‘headline’ TAHNIAH anda baru saja selangkah kaki untuk menjadi seorang lelaki yang handsome/kacak dan ‘awesome.
AMARAN!! selepas anda ikuti tips ini anda mungkin mengalami simpton tarikan magnet gaya, dimana anda mungkin buat ramai mata tak berkelip memandang anda ?.

Jadi pertama sekali apa yang anda perlu tahu, menjadi seorang lelaki handsome/kacak tak murah kerana anda perlukan kesabaran hati, masa dan duit anda akan banyak dihabiskan hanya untuk menjadi lelaki yang handsome/kacak.
Tapi anda kena tahu pelaburan yang paling menguntungkan di dunia adalah pelaburan pada diri sendiri, jadi kalau anda bersedia jom saya kongsikan kepada anda tips untuk anda menjadi lelaki handsome dan awesome.
- Cukur dan Kemaskan Jambang Anda
Bagi sesetengah orang, jambang adalah satu simbol kelakian. Kajian daripada Wendy L. Patrick, J.D., Ph.D. mendapati kebanyakkan wanita lebih tertarik kepada lelaki yang berjambang berbanding cukur bersih kerana lelaki yang berjambang dianggap mempunyai aura seorang lelaki yag bertanggungjawab dan penyayang.
Namun perlu diingat anda perlu terlihat kemas, jambang perlu dikemaskan sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menjaga kekemasan pada wajah anda.

2. Penjagaan dan Pengayaan Rambut
Rambut adalah mahkota setiap insan cewahh macam iklan ? untuk point ini, apa yang penting anda kena tahu gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda. tapi pastikan gaya yang anda pilih kemas dan tak serabut mata memandang, jangan lupa pakai minyak rambut untuk lebih rapi.
Untuk penjagaan rambut yang baik cukup dengan produk asas seperti shampoo, perapi dan minyak rambut. Pilih produk rambut yang dapat menyelesaikan masalah anda. Sebagai contoh, kalau anda kenalpasti rambut anda jenis kelemumur jadi anda kena pilih produk yang tepat yang dapat kurangkan masalah kelemumur anda.

3. Penjagaan Kulit Muka/Skincare
Kalau anda dah tekad ingin menjadi seorang lelaki handsome/kacak rasanya anda dah patut serius dengan penjagaan kulit muka anda. Jangan biarkan jerawat dan kulit kusam membunuh aura anda.
Mulakan dengan produk penjagaan asas seperti pencuci muka, krim pelembap dan pelindung suria SPF50 sudah mampu buat kulit anda terlihat ‘glowing and awesome’.
Sebagai tambahan, anda dinasihatkan merujuk semula pakar kesihatan anda untuk mengenal pasti produk yang sesuai dengan kulit muka anda. Pemilihan produk yang salah boleh menyebabkan risiko kulit alergik dan berjerawat. Jadi sangat penting untuk merujuk doktor anda sebelum membuat keputusan produk yang terbaik.

4. Pakai Wangian
Satu cara yang mampu memikat hati orang sekeliling untuk dekati anda ialah wangian yang menyenangkan hati dan sedap di bau. Tipsnya anda kena sembur minyak wangi pada titk-titik yang betul supaya wangian lebih tahan lama dan wangi.
Sembur minyak wangi anda pada bahagian kulit yang panas contoh pada leher, nadi tangan, dada , siku dan belakang tengkuk untuk dapat prestasi penuh minyak wangi anda.
Apa anda tak tahu nak pilih minyak wangi? jangan khuatir, kalau anda sukakan minyak wangi yang simple dan tak pening kepala bila bau, anda wajib cuba wangian ELYSIAN XO dari CuteCarry ?

5. Pemilihan Pakaian yang Betul
Anda kena tahu pengayaan pakaian yang betul, senang kata anda wajib tahu bagaimana nak mix and match baju dan seluar anda dengan betul supaya anda tak nampak selekeh. Ingat pemilihan warna yang betul sangat main peranan. Pemilihan warna kontra akan nampakkan anda lebih handsome/kacak di setiap sudut.
Sebagai tambahan anda kena tahu pemakaian yang sesuai mengikut aktiviti dan tempat anda. jangan lah pergi jogging pakai fullset tailored suit panass tu ? mix and match dengan betul dan memakai pakaian yang sesuai dengan situasi semasa, anda pasti nampak segak dan style.

6. Berani untuk berubah
Syarat sah yang terakhir untuk menjadi se0rang lelaki yang handsome/kacak adalah anda perlu ada keyakinan diri dan keberanian untuk berubah. kalau anda jenis takut dikutuk ataupun lebih risaukan pendapat orang lain daripada diri sendiri anda perlu berhenti sekarang.
Anda perlu jadi lebih positif dan bagi peluang untuk diri anda untuk berubah menjadi lebih baik. Jangan terlalu fikirkan apa yang kawan-kawan anda fikir tapi sebaliknya fikir apa yang terbaik untuk anda

Akhir kata, bukan sekadar rupa luaran semata yang menjadi igauan ramai kerana itu saja tak mencukupi, perwatakan dan pembawakan diri yang baik juga main peranan besar. Kalau anda nak tips cara membawa perwatakkan dan pembawakan diri yang baik komen NAKK!!