Raja Ema cucuk Vitamin C

Angan-angan…mesti ramai yang ingat lagu itu. Pertemuan di Korea, lagu Sukan Olimpik 1988 pun sangat catchy, disiarkan pagi-pagi hari semasa Sukan Olimpik. Itu semua adalah Raja Ema!

“Maaf, saya tak dapat komen mengenai isu penggunaan botoks tapi saya mengaku memang ada berjumpa doktor dan mengambil suntikan vitamin C dan produk berkaitan untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh. Selain itu, saya memang menjaga pemakanan seimbang, senaman dan mengambil produk yang sesuai untuk mendapatkan berat badan idaman dengan nasihat doktor,” katanya.

Harian Metro

Harap janganlah kita nak buat spekulasi bukan-bukan berkenaan dengan Raja Ema.. cakap dia botox ke apa.. nanti tidak pasal-pasal berdosa. Yang penting keinginan dia untuk cantik.Tengoklah betapa kurusnya dia, bermakna dia berusaha untuk kurus. Kalau anda asyik mengata orang cucuk sana, botox sana dan pada masa sama l mulut tengah mengunyah muruku selepas nasi sepinggan penuh hinggakan punggung besar macam kuali tapi tetap tak sedar diri, cepat-cepat sedar diri sekarang!

Raja Ema  mengaku yang dia mengambil Vit.C. CuteCarry pun memang mengaku yang CuteCarry juga mengambil suntikan Vitamin C.  Jika mengikuti blog ini daripada mula-mula memang tahu yang Cutecarry memang mengambil suntikan Vitamin C tetapi ketika ini tidaklah sekerap seperti dulu. Kesannya memang elok kerana CuteCarry jenis malas nak makan tablet, so senang cucuk je la. Konsepnya sama je dengan makan! Cucuk bukannya di bahagian muka tetapi di lengan.

Cutecarry cucuk Vit C kerana hendak memudarkan parut jerawat disamping dapat membuatkan muka nampak fresh.  Tetapi ketika ini memang jarang sekali CuteCarry cucuk kerana dah jumpa satu lagi miracle drink iaitu Innershine!

Oh…jangan kata CuteCarry cucuk tangan sendiri ala-ala penagih dadah ye, CuteCarry pergi ke klinik untuk cucuk!

Hendak tahu dimana CuteCarry cucuk Vit C sila like Page Cutecarry dan inbox CuteCarry

Memetik kata-kata Ifa Raziah ketika dahulu tentang kesan sampingan Vitamin C (terbaca dalam paper!)

“Kesannya ialah kita semakin cantik!”

Lite-lite that’s it.