Designer Ezuwan Ismail bertunang!

Tahniah CuteCarry ucapkan kepada designer Malaysia (juga pelakon!) yang glamour dan meletop iaitu Ezuwan Ismail kerana akan bertunang tidak lama lagi!

CuteCarry with Ezuwan Ismail.

Ezuwan akan bertunang dengan seorang gadis yang berasal daripada Kelantan (Kelate jugok.. Ezuwan pun orang Kelate). Mereka berkenalan semasa bersama-sama mengerjakan umrah. Wah…dah macam drama pula sebab sejak akhir-akhir ni banyak sangat drama Malaysia kisah cinta di Mekah!

Berkenalan di Mekah dan bertunang. Berkat tu!

CuteCarry pun call Ezuwan dan tanya tentang pertunangan tersebut. Nanti kalau salah bagi info susah pula kan. Majlis merisik akan diadakan pada hari raya haji kedua dan pertunangan akan berlangsung pada bulan November 2012. Pernikahan dan majlis kahwin akan diadakan pada tahun hadapan!

Glamour betul Ezuwan,bila berita ni disiarkan dalam akhbar, peminat Ezuwan dan pembaca blog CuteCarry snap keratan artikel dan wattsup kepada CuteCarry!

Bagus lah dah nak berkahwin. Selama ni asyik design baju orang tunang,nikah dan kahwin sahaja tetapi pada kali ini dia pula akan design baju kahwin sendiri.

Mesti grand kan!!! Tak sabar nak tengok…

CuteCarry pun selalu juga pakai baju rekaan Ezuwan dan percayalah memang sangat meletop dan cantik rekaan beliau. Mesti puas hati!!

CuteCarry wearing Ezuwan Ismail. Jika hendak mendapatkan perkhidmatan daripada beliau sila click here.