Tahun Ke 3 CuteCarry grooming class di International Medical University (IMU)
5 Februari 2013PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge
7 Februari 2013Memang seksi. Semuanya seksi bila kita bercakap berkenaan dengan Marc Jacobs; daripada baju rekaannya, sunglasses, beg sehinggalah kepada Diet Coke!
Marc Jacobs pereka yang uber famous ini telah dilantik sebagai Creative Director untuk Diet Coke. Job scope dia bukanlah untuk ke kilang Coke dan bancuh coke untuk jadi lebih seksi tetapi mereka packaging untuk Diet Coke sempena ulang tahun ke 30 Coke di Eropah.
Memang berbakat sungguh si Mat Yaakob (telah dimelayukan namanya,saja syok-syok!); daripada reka baju kepada reka tin dan botol coke. Ini adalah bukti kepada mereka yang kreatif memang akan diiktiraf. Tetapi adakah kreatif sahaja tidak mencukupi? Sesungguhnya tidak. Kreatif perlulah disertakan dengan kerja kuat dan strategi yang betul. CuteCarry ada juga kawan yang kreatif tetapi disebabkan oleh sikap yang kurang menyenangkan seperti putus asa, terpengaruh dengan kawan-kawan atau boyfriend dan lain-lain masalah yang ditimbulkan diri sendiri, mereka akhirnya kekal di tahap lama atau lebih teruk lagi.Opppssss…. CuteCarry tidaklah suka hendak mengata orang lain, nanti jadi kat diri sendiri.. OH NO… tak mau mengata orang!
CuteCarry memang terasa juga hendak minum daripada botol Diet Coke ini tetapi rasanya hanya boleh dapat di Eropah je kut. Tidak mengapa, tidak dapat botol coke dapat baju dia pun ok lah.. tetapi CuteCarry hendak membuat sedikit confession berkenaan perasaan CuteCarry terhadap Marc Jacobs.
Dulu CuteCarry memang terlalu minat, orgasm dan gila betul dekat Marc Jacobs, bukan orangnya tetapi baju, beg dan shades nya. Minat CuteCarry lebih kepada line Marc by Marc Jacobs, well..selain daripada memang ia adalah taste CuteCarry kerana nampak lebih muda, segar dan urban ia juga lebih murah daripada Marc Jacobs! Second label kan… harga tetap menjadi faktor utama!!
Once upon a time.CuteCarry kat 10th anniversary party. Punyalah minat sampai dijemput, in Marc by Marc Jacobs (tapi beg tu Dolce and Gabbana).
Suatu ketika dulu bila berjalan depan Marc by Marc Jacobs kat Pavilion, terasa macam ada magnet mesti nak masuk, hati berdebar-debar dan bila dah pakai baju atau bergaya dengan beg atau sunglassesnya; ohhh..alangkah puasnya hati ini. Mata naik atas sebab puas sangat lah!!
Tetapi sekarang sejak beberapa musim yang lalu, perasaan dah semakin kurang kepada Marc Jacobs atau Marc by Marc Jacobs ini. Bila masuk kedainya rasanya dah macam takde perasaan macam dahulu. CuteCarry mungkin meminatinya disebabkan ia ada tulis nama label sahaja. Tiada yang istimewa berkenaan dengan rekaan dihati CuteCarry. Tetapi ini bukanlah bermakna yang CuteCarry katamutu rekaan dia semakin merosot tetapi cuma mungkin style CuteCarry dah berbeza; sedangkan pasir dipantai berubah, inikah gaya CuteCarry…(chewah, sempat berfalsampah!) . Mungkin juga disebabkan oleh umur CuteCarry makin meningkat selaras dengan gaya kehidupan CuteCarry! Gaya whimsical mungkin agak kurang sedikit (sebab dah tua kut!). CuteCarry kembali kepada gaya chic, simple, black and darker shades
Kekasih gelapku, Armani dan Gucci juga sewaktu dengannya (termasuk bundle baju style cam tu!), perasaan ku padamu tidak pernah berubah!
ps:
Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling individu dan juga kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini