home Men Fashion Pencarian Lelaki Maskulin 2010/2011. Definisi Lelaki Maskulin?

Pencarian Lelaki Maskulin 2010/2011. Definisi Lelaki Maskulin?

Pemenang Lelaki Maskulin 2010/2011 telah diketahui.


Tetapi apakah definisi maskulin untuk anda semua? CuteCarry berpendapat maskulin adalah sangat subjektif. I know, once the word ‘MASCULINE” pop up, most of us think of macho, manly man but betulkah?
CuteCarry dah berkawan dengan ramai orang dan pergaulan dengan orang yang pelbagai peringkat, daripada tukang sapu sehinggalah kepada supermodel hinggalah CEO yang gajinya tujuh keturunan pun tidak habis.
Definisi maskulin memang berbeza:-
i. Ada yang berpendapat maskulin mesti macam lelaki typical; kerja mekanik atau teknikal baru nampak macho.

ii. Sesetengah orang sukakan lelaki yang nampak rough, selekeh yang mungkin dilihat macam lelaki pengotor sebagai MASKULIN.

iii.Ada seorang kawan CuteCarry pula minat sangat dengan lelaki-lelaki yang berpendapatan rendah dan nampak comot! Yessss….taste dia memang macam itu. Ada ex dia banduan dan juga penagih dadah. It’s true!

iv. Ada suka lelaki gelap baru maskulin tetapi ada juga minat lelaki kulit cerah.

v. Ada yang kata lelaki Pan Asian kacukan mat saleh macam “ewwww….not my taste” tetapi gilakan lelaki muka exotic kampung atau jenis-jenis muka jual DVD kat Petaling Street.

vi. Pernah tengok budak-budak perempuan jadi histeria tengok muka boyish / jambu yang jika lelaki tu pakai skirt, sah sah dia cantek lagi daripada perempuan-perempuan yang menjerit kerana minatkan dia.

vii. Metrosexual dikatakan masculine!

Beribu-ribu lagi definisi maskulin. Ia sangat subjektif. Apa yang utama ialah hormatilah pandangan orang lain. Janganlah kita dikatakan tidak berfikiran terbuka sebab mengutuk pandangan orang lain.Kadang-kadang definisi maskulin anda pun bukannya menjadi pilihan orang lain!

Peace No War!

Lagi gambar-gambar sekitar Pencarian Lelaki Maskulin 2010/2011. Thanks to the fabulous Abang Sam Kassim for the photos.

Comments

comments

Leave a Reply