Kena hantu/pontianak cina melompat?
11 February 2013CuteCarry’s Power of Image untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
15 February 2013CuteCarry baru selesai menghadiri majlis bacaan yassin di sebuah masjid. Ia adalah untuk seorang sahabat yang telah lama Cutecarry kenali. Jemputan untuk majlis ini dibuat melalui FB dan CuteCarry telah mengenepikan segala appointment untuk menghadiri majlis ini. Inilah sahaja sedekah yang CuteCarry mampu berikan untuk beliau.
CuteCarry bukanlah sahabat baik atau rapat dengan arwah. Tetapi bukanlah juga seorang yang pernah bergaduh atau berselisih faham dengan beliau. Beliau hanya seorang sahabat yang telah CuteCarry kenali setelah sekian lama. CuteCarry tidak ingat macam mana pertama kali kita berkenalan tetapi sepanjang perkenalan memang tiada ada apa-apa perasaan negatif terhadap beliau. Ada yang bertanya adakah CuteCarry rapat dengan dan tahu apakah kisah hidup beliau tetapi CuteCarry menyatakan yang CuteCarry hanyalah sekadar rakan biasa tetapi tidak mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan beliau.
Pada minggu lepas, kawan CuteCarry telah memberitahu yang arwah telah terlantar sakit sejak bulan akhir tahun lepas. Penyakit yang dihidapi bukanlah penyakit biasa kerana doktor telah melakukan pelbagai ujian dan menyatakan beliau tiada penyakit yang kronik. Tetapi hari berganti hari beliau makin lemah sehinggalah beliau memerlukan life support untuk terus hidup.
Apakah penyakit beliau? Ada kah ia black magic? buatan orang? santau? Ia masih misteri. Jika buatan orang, siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?
Cutecarry tidak sempat melawat beliau ketika beliau sakit tetapi Cutecarry sempat bertemu beliau sebelum beliau sakit iaitu pada akhir tahun lepas (I think around Oct or Nov 2012). Beliau memang sihat wal-afiat, tiada langsung tanda sakit. Kita berbual lama juga termasuklah bergelak ketawa sebab teringat perkara kelakar. Antara perbulan yang diingati ialah:-
CuteCarry: Hi.. lama tak jumpa. aku gemuk tak? (soalan standard ditanya dengan harapan jawapan ialah ‘kau kuruslah tak gemuk’)
Arwah: Adalah naik sikit
Eh…. jujurnya si Shah ni!
Well…kau memang jujur bila dengan aku. That is your quality, you don’t talk much, a kinda introvert but you tell the truth.
Masih terngiang-ngiang beliau menyanyikan lagu Anuar Zain.
Dia pernah bercerita pada CuteCarry yang how much he loves his family, daripada bapanya yang suatu ketika dulu tidak sihat (he want to spend more time with him tetapi nampaknya beliau pergi dulu) kepada kisah anaknya. Hidupnya berubah kerana anaknya yang seorang. Bersemangat sungguh beliau bercerita pasal anaknya. Bapa yang amat menyanyi anaknya, mendahulukan anak dalam segala perkara. Sayangnya pada keluarga dan anaknya melebihi segala-galanya.
Tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Moga sentiasa tenang disana.
Gone too early. Al-Fatihah kepada arwah Shah Aruzaman Ismail.