T-shirt Aaron Aziz dilelong ratusan ringgit untuk bantu pesakit lupus

Bertuahnya jika dah glamour, t-shirt pun dilelong dengan harga ratusan ringgit. Tetapi lelongan ini adalah acara amal di bawah Association of Image Consultants International (AICI) untuk Persatuan SLE. Aaron telah bermurah hati menderma baju t-shirt yang telah ditandatangani dan cik adik cantik molek yang bertuah ini telah berjaya membida sehingga mendapat baju ini!

Bertuah sungguh… agak-agak ada bau Aaron Aziz lagi tak? LOL

Ramai selebriti yang terlibat didalam acara lelongan ini antaranya ialah Siti Nurhaliza yang menderma baju beliau rekaan Michael Ong dan berjaya dilelong dengan harga ratusan juga.

She is the most generous lady…berjaya membida baju Siti,beg Coach Tiara Jacquelina dan banyak lagi. TQVM!!

CuteCarry bersama   Lenna Lim, 2011 2011 Miss Astro Chinese International Pageant and    2011 1st Runner-Up Miss Chinese International Pageant in Hong Kong.Beliau melelong lukisan beliau yang berjaya dijual dengan harga yang agak tinggi!

Masakan Dato’ Fazley, our very own celebrity Masterchef Celebrity telah berjaya dilelong. Makanan beliau dihantar terus ke rumah .. Meal on Delivery!

 

Lilian Tan Miss USA Overall Female Bodybuilding and physique Overall Champion in 2004 and a silver medalist at the Ms Natural Olympia. December will be representing Malaysia for the 3rd time in World Championship in Bangkok. Dia melelong gambar kemenangannya..

CuteCarry pun tak mahu kalah… FINALE punya item. CuteCarry membida beg dan buku Amber Chia dengan harga RM300! Tq Amber

CuteCarry ialah Vice President (Marketing) Association of Image Consultants International (Malaysia). Aziah Jasmin (bekas personaliti TV3) ialah Presiden untuk penggal ini. Tema pada hari tersebut ialah Chrismas dengan warna merah dan emas. Sebab itulah CuteCarry dengan gagah memakai seluar merah (from Dockers Alpha- TQ Dockers) dan gold jacket.  Thank u to Hazman Fadzil for the photo.

Akhirnya kita berjaya mengutip belasan ribu ringgit untuk Persatuan SLE Malaysia. RM10 k tersebut dikutip sebelum majlis tersebut. Moga persatuan tersebut dapat membantu mereka yang menghidap penyakit lupus. Apakah itu lupus?

Ini adalah contoh pesakit Lupus. SLE adalah penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Click for details

Penyakit ini ada kalanya sukar didiagnos pada peringkat awal kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash atau butterfly rash.
Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.

Selain daripada wanita diatas,  pernah ingat tak seorang peserta PLKN yang keguguran rambut dan sympton seperti diatas suatu masa dahulu? Beliau juga adalah bekas pesakit Lupus.

Bayangkan jika anda menghidap penyakit tersebut? Bertuahnya rasa kerana kita sihat dan bebas daripada penyakit tersebut. Untuk membantu, sila click disini.