Hatta Dolmat dan Dato Siti Nurhaliza dianugerah UDC BUSINESS AWARDS 2011
11 Oktober 2011A/X (Armani Exchange) 20th Anniversary Party @ LIVE KL
15 Oktober 2011Ia adalah satu hari yang tidak begitu baik pada CuteCarry, pelbagai perkara yang terjadi, adakah ini disebabkan oleh aura negatif yang CuteCarry keluarkan disebabkan oleh tidak berapa senang dengan sikap seseorang? Aura negatif ini membuatkan semua serba tidak kena, selepas satu dan seterusnya siri-siri yang tidak begitu menyenangkan hati. Walaupun ia tidak berapa teruk, tetapi sedikit terjejas pusingan hidup. Ia bermula daripada line internet UNIFI yang tidak boleh digunakan sehinggalah kepada kereta yang rosak sedikit dan dikenakan bayaran sebanyak RM400+++! ( bimbo like me, I thought it is like less than RM100, but it is that much amount of cash!!!).
Apakah yang boleh dilakukan untuk memenenangkan hati yang lara ini?
Jawapannya mudah: SHOPPING!!! (walaupun baru kena bayar duit kereta RM400 +++.. dan dilaser oleh seorang kawan CuteCarry dengan kata-kata “you ini kalau beg, kasut , baju you tak kisah, tapi kereta you macam berkira sangat kenapa?)…sah sah dia tidak faham jiwa seorang berangan fashionista!
Sejurus selepas mengetahui kena sejumlah bayaran itu hanya kerana kerana alignment balancing lari dan seterusnya effect benda lain dan menungggu kereta untuk siap; CuteCarry bergegas ke jualan buku Big Bad Wolf di MAEPS, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
BEST NYA……
Kebanyakan buku-buku yang dijual disini adalah sesuai untuk kanak-kanak sehinggalah kepada orang dewasa, tetapi jika anda ingin mencari buku-buku untuk pembelajaran /teks universiti mungkin sedikit sukar. Antara buku yang menjadi tumpuan dan banyak dijual selain novel adalah buku berkaitan masakan.
Buku-buku yang dijual adalah juga buku import. Buku tempatan susah juga hendak nampak dan paling pasti buku berbahasa Melayu langsung tiada!
Limpahan buku yang banyak dan murah! Novel-novel best seller seperti koleksi Confession of Shopahlic hanya RM8 dan juga hampir kesemua buku-buku yang terlalu murah.
Tiada shopping cart tetapi diberikan