Baju Raya Radzuan Radziwill dengan harga berpatutan
2 July 2013Comelnya anak Farid Kamil dan Diana Danielle!
3 July 2013Bulan Ramadan datang lagi, inilah masanya untuk kita meningkatkan amalan dan menambahkan pahala. Antaranya ialah dengan bersedekah. Sempena Hari Lahir CuteCarry yang jatuh pada Ramadan ini, CuteCarry akan menganjurkan kutipan derma untuk Rumah Kebajikan Dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong. Sumbangan yang diberikan adalah untuk majlis berbuka puasa, duit raya dan sumbangan untuk rumah ini. Inisiatif diambil kerana rumah ini hidup atas sumbangan orang ramai dan kita sebagainya yang mendapat rezeki yang lebih, sepatutnya menderma kepada yang memerlukannya.
Tontonlah video CuteCarry bersama pengendali rumah ini iaitu Ustazah Norhayati yang mempunya 54 orang ‘anak’!!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=6OI9Lo5R7PY[/youtube]
Jika ingin menderma, boleh call CuteCarry di talian 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com. No telefon Ustazah Norhayati, pengendali Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong ialah 013-2714595.
Jika didengar kisah-kisah kanak-kanak ini, mereka terdiri daripada pelbagai golongan, daripada yang yatim piatu sehinggalah kepada yang mempunyai ibu-bapa yang tidak mampu menannggung mereka atas sebab-sebab kemiskinan. Mereka ternyata tidak mendapat kasih sayang seperti kanak-kanak lain. Walaupun Ustazah dan suami menjaga mereka dengan penuh kasih sayang, tetapi ia tidaklah sama dengan kasih sayang ibu bapa. Jika anda ke sana, mesti terasa yang kanak-kanak ini memerlukan kita, contohnya, ternyata mereka tidak takut untuk bersama dengan orang dewasa seperti CuteCarry kerana mungkin jarang ada orang dewasa yang mendukung dan memeluk mereka kecuali Ustazah dan suami.
CuteCarry pernah menjadi jurucakap untuk majlis tersebut untuk Orang X dulu dan berjaya mengutip wang. Tetapi ia masih tidak cukup. Jika anda menderma, wang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
ps: Ustazah kata budak-budak ini memang sangat suka makan satay sebab diaorang jarang dapat makan, so masa majlis berbuka puasa nanti, CuteCarry nak beli satay, bagi diaorang makan sampai puas!