Designer Ezuwan Ismail bertunang!
28 September 2012Hendak USD60 million? Kahwinlah dengan lesbian ini…
28 September 2012“Wow..cantiknya dia!” Itulah yang CuteCarry dan rakan-rakan katakan yang hadir semasa Pertandingan Ikon Orang Asli 2012 dimana Nurul Farhana (sorry kalau salah nama) dimahkotakan. Ikon orang Asli 2012 diadakan sempena Majlis Graduasi Pelajar Latihan Paya Bungor dan Pertandingan Rekaan Fesyen, Hiasan Dandanan Rambut Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Zebra Square, KL.
Isn’t she lovely?
Pertandingan ini seakan-akan pertandingan ratu cantik, tetapi tiada swimsuit atau national costume. Tiga orang finalist hanya catwalk dan menjawab soalan yang dipilih daripada sampul yang disediakan.
Cantik-cantik kan?
CuteCarry selalu mendengar taraf kecantikan disamakan dengan bangsa atau kaum. Sebenarnya kecantikan adalah subjektif, beauty lies in the eyes of the beholder. Kalau tidak kenapa supermodel ada bermacam jenis; daripada Cindy Crawford kepada Karen Elson kepada Alek Wek!
CuteCarry telah berjalan ke beberapa bahagian didunia ini dan memang pelbagai jenis muka dah tengok dan semua ada kecantikan tersendiri. Poland dengan blond beauty,Xian China dengan Oriental look..bergerak ke Rajashtan India pula exotic beauty dan di kampung-kampung di Cambodia pula rupa yang sangat sweet!!
So, selepas ini diharap janganlah kita mengkategorikan kecantikan dan keburukan rupa melalui bangsa atau kaum. Jika anda berbuat begitu, sah sah anda boleh dilabel seperti katak bawah tempurung yang hanya melihat dunia disekitar anda atau melalui kaca TV. Open your mind…
CuteCarry bersama Ikon juga. Bukan ikon orang asli tetapi ikon fesyen Amir Luqman dan pelakon Noniswara yang turut hadir pada majlis tersebut. Siapa paling EXOTIC?