Miss Malaysia,Kimberly Legget Top 16 Miss Universe 2012?

Berbanding pada tahun lepas, CuteCarry memang giat sekali update berkenaan dengan Deborah Henry, wakil Malaysia ke Miss Universe 2011 di Brazil. Hampir setiap hari, bermula daripada CuteCarry menghantar Debby di KLIA untuk ke Brazil sehinggalah kepada dua hari sebelum pertandingan, CuteCarry galak sekali mengupdate kerana Debby adalah favourite untuk menang tetapi hati hancur luluh ketika mendapat tahu yang beliau tidak terpilih untuk Top 16.  Memang sangat tidak patut… CuteCarry tahu yang Debby dah berusaha terlalu keras tetapi disebabkan oleh masalah oleh Miss Universe Organization (well I kinda know what is probably happening, daripada mulut Debby sendiri sehinggalah kepada beberapa sumber-sumber yang boleh dipercayai!)..kesiannya Debby. Pada hari pertandingan, CuteCarry dalam perjalanan untuk ke mesyuarat dan mendapat BBM msg daripada kawan dengan ayat ‘sadly debby not top 16!’..

Memang sangat sedih!!  Debby kalau dapat Top 16 memang confirm menang Miss Universe 2011…

Pada tahun ini Kimberly mewakili Malaysia dan walaupun ramai yang meramalkan yang beliau akan berjaya memecahkan sejarah 42 tahun selepas Miss Malaysia Josephine Lena Wong Jaw Leng (ibu kepada National Director, Andrea Fonseka) mendapat tempat di semifinals.

CuteCarry memanglah hendak Kimberly menang tetapi memang terlalu takut untuk kecewa so pada tahun ini CuteCarry sedikit berhenti mengharap (muzik latar- Berhenti Mengharap -Sheila on 7). Tetapi CuteCarry agak optimis juga yang mungkin Kim akan berjaya ke Top 16, antara sebabnya ialah dia tidak terlalu menonjol, tengok interview dia pun biasa-biasa dan relax (dapat tahu yang jika contestant terlalu pandai, MUO tak mahu-susah nak control!). Antara sebab lain ialah dia tidak pernah bertanding mana-mana pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa (Debby dulu semifinalist Miss World 2007)  dan dia agak muda iaitu hanya 19 tahun!)

CuteCarry pun dah tengok evolusi Kim, daripada gadis yang cantik kepada fabulous! Masih ingat first time tengok dia dan sekarang, memang lain walaupun tidak berubah!

EVENING DRESS BY JOVIAN MANDAGIE

So, my prediction is Miss Malaysia will be in the Top 16!