Blog, twitter and facebook Hatta Dolmat kena hacked!!!
16 Februari 2011Senarai Pemenang Kategori Radio & TV Anugerah Seri Angkasa 2011
19 Februari 2011Pernahkah anda melalui satu zaman dimana anda hanya ingin menunjukkan siapakah diri anda yang sebenarnya? Ia adalah zaman dimana adrenalin memuncak, ketakutan hampir tiada dalam hidup dan kata-kata orang lain seperti di hanya sekadar di pinggiran (tiba-tiba masuk lagu Francisca Peters..motif sangat kan?!!!)
Salah satu contoh kita rebellious adalah daripada segi rambut. CuteCarry pernah mewarnakan rambut pelbagai warna dan ia semata-mata untuk menarik perhatian ramai; menyimpan rambut panjang dan sebagainya. Ia seolah-olah menunjukkan kepada semua LIHATLAH dunia!!!!!!
Ini adalah gambar peserta Jiwa Menari yang menunjukkan ciri-ciri rebellious style. CuteCarry sempat snap gambar diaorang di depan La Bomba StarHill KL. Teringat zaman-zaman CuteCarry masa sangat-sangat muda dahulu
BUT I think zaman rebellious adalah SANGAT PENTING. Ia adalah fasa-fasa untuk kita bereksperimen dengan gaya kita. Jika terlalu takut untuk mencuba gaya-gaya baru, anda tidak akan berjumpa dengan gaya anda yang sebenarnya dan akhirnya anda akan menjadi seorang yang MEMBOSANKAN!! Lihatlah pada gaya-gaya artis seperti Ning Baizura ataupun gaya rambut Dayang NurFaizah, jika zaman dahulu memang pelbagai gaya yang mungkin tidak boleh diterima tetapi itulah zaman eksperimen mereka.
Zaman-zaman rebellious phase untuk CuteCarry sudah berlalu, sekarang Cutecarry lebih selesa berpegang kepada gaya yang tersendiri, mungkin ada kalanya tidak menjadi tetapi I know what I want and I am not perfect.
Adek-adek.. JANGAN TAKUT UNTUK BEREKSPERIMEN DENGAN GAYA. JIKA TERLALU TAKUT MENCUBA, SAMPAI KE TUA PUN ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT APA YANG ANDA MAHUKAN. PRACTICE MAKES PERFECT or…mmm…acceptable for bigger crowd!!
But remember, just be yourself1