Anugerah Bintang Popular 09 (ABP 09). Purple. Ungu itu Violet?

Cetusan Warna adalah tema untuk Anugerah Bintang Popular 09 (ABP 09). Warna ungu adalah warna yang menjadi pilihan pada malam tersebut. (kalau tersalah ungu nanti nampak macam Joker dalam Batman!)
Mila mengenaln dress ungu bertingkat daripada Nik Erwan Roseli. Warna ungu yang lembut dan nampak sweet pada Mila yang memang sweet dan petite.

Zed Zaidi juga mengenakan ungu. Selalunya CuteCarry hanya nampak Zed hanya memakai pakaian yang hitam atau “warna-warna asas” yang lain tapi pada malam ABP 09 dia berubah sikit dengan memakai warna ungu yang lembut miliknya sendiri. Not bad, not bad at all!

Maaf sebab tak sempat nak mengambil gambar Awal Ashaari berpakaian lengkap. Gambar ni diambil waktu post party dan Awal telah dress down. Tapi dia juga memilih warna ungu. Siap ungu berkilat lagi!

Best purple of the nite. Did I told you I like simple dress with minimal sparkling details? This is it!

Ainul Aishah mengenakan one shoulder dress berwarna ungu yang hanya mempunyai sedikit perincian. Baju ini tidak memerlukan sebarang ‘hiasan’ yang berlebihan untuk nampak menarik. Apa yang diperlukan ialah potongan yang menarik dan ia mestilah sesuai dengan orang yang memakai pakaian tersebut. Dress ungu ni memang cantik dan simple dan Ainul Aishah memang sesuai memakainya.

Paling penting saya amat suka, terlalu suka denagan potongan rambut terbaru Ainul Aishah.Very chic, fresh and young (well… she is young). She reminds me of the younger, fresher version of Charlie Angels; Kate Hudson.