Tidurlah daripada Josephine Hadikusumo- Lagu untuk Perwira Lahad Datu
15 March 2013Maksud warna purple:-CuteCarry ‘bercolour’ Purple di One Million Purple Walk Putrajaya
17 March 2013Mesti ramai yang tengok imej ini. Kita keluar daripada lifestyle and fashion, but wait,this is kinda lifestyle…
Ramai yang membuat tafsiran sendiri:-
– ada yang kata jururawat yang bertugas di sini tidak prihatin,menyiksa bayi, tak kurang yang kutuk nurse, ada juga yang cerita pengalaman ngeri dengan nurse, kata nurse kerajaan teruk dan bersyukurnya beranak kat hospital swasta, ada yang suruh hukum nurse tu cepat-cepat, ada tak sabar tengok berita nak tengok nurse tu didakwa dan yang penting..
RAMAINYA NURSE DAN DOCTOR TAK BERTAULIAH..
Tetapi sebenarnya, kita perlu tengok dengan mata hati.
Law of attraction:- Whatever negative comments that you posted on facebook will haunt you back; in a different medium!
Mengikut sumber (dari doktor bertauliah) bila branula tercabut akan keluar darah tapi tidak mencederakan bayi tersebut. Jika anda tercengang bila CuteCarry dengan perkataan granula; maksudnya berfikirlah sebelum komen!
Ini adalah cerita sebenarnya.. (sumber Sinar Harian)
KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.
Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.
“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.
“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.
Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.
“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital.
“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.
Kelmarin, laman sosial facebook ‘neposan’ menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.