Fesyen Anugerah Bintang Popular 2011 di Genting Highlands
13 April 2012Sheila Majid Secretary Week di KL Tower
14 April 2012Ini adalah berita paling mengejutkan CuteCarry pada minggu ini. Kejutan bermula bila CuteCarry didalam Stesen Petronas dan terbaca tajuk muka depan Harian Metro. I can’t proceed to flip through the pages and kinda like walked away.Kenapakah seorang bapa sanggup memijak anaknya sehingga mati?Jika bergaduh pun, takkan lah sampai hendak membunuh bayi yang tidak berdosa!!!
Oh…sebelum terlupa, please visit my latest venture, its a baby portal called babysaya.com.
IPOH: Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.
Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.
Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.
Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.