“Bunga-bungaan Spanish” hiasan kepala dan fesyen selebriti di perkahwinan Ezlyn.

Think Spain. think flamenco dancer costumes and you always think that flower on their head. Sometimes it works and sometimes, you might want to think is it like another  Smurf (yeah..yang ada bunga kat kepala tu..)

Majlis Ezlyn berkonsepkan Autumn in Spain dan semualah bergaya ala-ala Spain. Artis-artis datang dan cuba mendapat gaya Spain dan seperti yang saya cakapkan diatas bila diaorang teringat Spain diaorang teringat kat bunga, mungkin flamenco dancers!!

Antara BUNGA yang paling mendapat perhatian ialah daripada Annahita Bakavoli.


Red hot Chilli Flower? Dress red, Chanel not read, kipas Red, bunga? ermmm…..

Next

Lisdawati berjaya menggabungkan bunga merah , make up bagus dan juga dress daripada Sheila Mohamad.

CuteCarry satu meja dengan dia dan memang cantik dan baik!!


Adeline Tsen in gold and red. Ok .. suka dressing dia hari ni.

Siti Saleha in Wanpa. Signature dress Wanpa sangat!!

CuteCarry with Siti Saleha.

tokey Rafflesia dan mandalay, Winnie Sim memakai khoon Hooi. Suka, suka dan suka!!

Amber Chia memakai dress ala-ala duyung Riffai Couture. Pada malam tu, Amber naik atas pentas menari dan menyanyi sikit dengan Fazli Zainal. Last-last sekali dia mengaku dia hanya sesuai catwalk je dan bukan menari dan menyanyi!! Lepas habis lagu, Amber degan dressnya itu berlari-lari anak ke tempat duduk tutup muka sebab malu!! Dia cakap “I malu!”

Bkay Nair semakin slim dia sekarang!!!

Comei kan dia?

 

Apa-apa pun Eja yang paling meletop!!

 

CuteCarry dengan Anzalna dan Memey. Dua-dua cantik. Nak tahu kisah kenapa CuteCarry dressing agak azab pada malam tu? Sebab  baju lupa bawa!! Senang kira memang baju lupa bawa sebab kelam kabut di pagi hari. Sebenarnya CuteCarry dah try dah jaket ala-ala cutting Spain (tak tau le jadi ke tok sebab tak pernah pi Spain) dan semasa hendak keluar rumah pada awal pagi tu, dah pegang dah, tetapi terletak di atas meja!! Terus keluar sehari suntuk meeting segala dan pada petang dalam kereta baru perasan tertinggal!!! Sedikit down la mood. Last-last dalam clutch ada selendang, apa lagi sebelum masuk ke ballroom perkahwinan Ezlyn tu terus lilit dengan pertolongan assistant CuteCarry. Nasib baik tak lilit sampai jerut tengkuk sebab tension sangat kan.

Moral.. sila letak baju anda dalam kereta pada malam sebelumnya. Nanti terlupa!!

Tahniah pada Ezlyn dan Adam. I tak mau komen apa-apa dah, pasal make up ke, dress singkat ke tetapi hanya nak bagitau dress Khoon Hooi cantik!! Ezlyn pun punyalah happening pada malam tu, siap macam nak buat konsert dah kut. Kelakar betul lah dia.

Ni baju Khoon Hooi nya..