Designers Preview Show at STYLO Grand Prix 2012
20 March 2012Grooming workshop for final year students, International Medical University
4 April 2012CuteCarry bersama-sama dengan rakan-rakan di Party Pepe Jeans London. Ini adalah imej terakhir sebelum beg long tote Dolce and Gabbana CuteCarry rosak!
From left Faris from Tangerine Model,CuteCarry dengan be…yang rosak tu, Bon Zainal, Andrea Fonseka, Lu Xanne (Top 5 Miss Msia) Miss Malaysia 2012 Kimberly Legget.
Beg yang rosak adalah perkara biasa tetapi bagaimana pula dengan beg kesayangan kita rosak. Ia seperti hampir suku nyawaku hilang bila CuteCarry terlihat yang ini telah rosak. Tetapi paling tak boleh diterima ialah kerosakan Dolce and Gabbana itu disebabkan oleh kecuaian CuteCarry sendiri. Tengoklah rupa beg itu, macam-macam diletakkan didalam beg, sangat-sangat terlebih muatan dan CuteCarry juga menghayun sana-sini beg tersebut ketika party Pepe Jeans London! Punca terlebih muatan tersebut ialah keranaCuteCarry shopping sikit barang di Pavilion sebelum pergi ke event Pepe London di Neverland, Jalan Kia Peng. Beg tersebut diisi macam-macam; daripada facial mask Watson Collagen (beli 10 keping sebab diskaun 30%-pantang nampak diskaun kan!!) majalah-majalah dalam 3 nashkah, seluar!! yes, u heard me… seluar sebab CuteCarry tukar seluar di toilet Pavilion sebelum ke party tu dan pelbagai barangan daripada perfume sehinggalah kepada wallet, camera bagai, semua disumbat dalam beg itu.
Poor my baby bag… I’m such a cruel man, forcing you to carry such a tremendous weight!
Bila tersedar yang beg tu rosak, terus down giler. Very the emotional, walaupun lagu fashion show tu best, Brit Act tapi hatiku kosong (kalah gaya feeling-feeling lagu Menaruh Harapan Kak Ton Sameon Di final Juara lagu tahun erm…..88 ke 89!).Semasa driving balik rumah pun tetap rasa sedih, sangat rasa nak berkabung. Sampai rumah, terus keluarkan barang daripada beg dan masukkan beg dalam almari. I can’t even look at the beg. Feeling so guilty, sad, mixed feeling.
Nanti bila habis tempoh berkabung, CuteCarry akan tengok balik beg tu dan fikirkan untuk diperbaiki. Tapi walaupun dusah dibaiki, tetap tidak sama seperti yang dulu kan, seperti buah kelapa ditebuk tupai! (okay..maybe peribahasa itu way too over untuk digunakan bagi sebuah beg yang rosak!)
Mesti ada yang meluat dan muntah baca entry yang berangan ni..tetapi arghhhh, satu beg dah rosak dan CuteCarry bukanlah orang kaya senang-senang nak beli beg. Kalau kaya hari ni rosak esok boleh beli baru!
I will update on Pepe Jeans event..tunggu.. kalau nak tengok banyak gambar, sila like my facebook page. semua ada dalam tu!