Pemenang CuteCarry and Christy Ng Shoes Giveaway
24 Oktober 2012CuteCarry @ Premiere Istanbul Aku Datang
25 Oktober 2012Generasi Y adalah salah satu rancangan untuk golongan muda. Agak sedikit teruja bila menerima panggilan daripada penerbit Generasi Y , Hisham untuk berkongsi pengalaman didalam rancangan kerana CuteCarry memang suka keluar TV; good for my business- obviously. Sebelum ini CuteCarry sudah menjadi tetamu rancangan Tv3 Wanita Hari Ini, Tv9 Nasi Lemak Kopi O dan Hip TV, Tv1 Selamat Pagi Malaysia dan juga menjadi pengacara bersama untuk rancangan Fesyenista Tv1. Semua rancangan yang menjemput CuteCarry adalah mengenai fesyen tetapi lain sikit untuk Generasi Y kerana ia adalah mengenai Pengorbanan sempena Hari Raya Aidiladha.
Bukan.. CuteCarry tidak memberi khutbah raya!
Setelah beberapa kali postponed kerana CuteCarry sangat sibuk dan clash dengan jadual Generasi Y, akhirnya dapat juga luangkan satu masa untuk rakaman. Tetamu bersama adalah Jutawan Muda iaitu Mahadi. Errr…. memanglah rasa lain sebab dia adalah jutawan manakala CuteCarry ini jauh daripada jutawan!
CuteCarry wearing Wanpa with Mahadi and host Muaz.
CuteCarry lebih kepada berkongsi pengalaman CuteCarry dan client tentang pengorbanan.
Memang berkorban, dengan tidak cukup tidur dan kelam kabut tak hengat pada hari itu tetapi berjaya menghadirkan diri. Masa dah jadi macam panda dan semasa sesi hair and make up pun dah minta supaya bagilah muda nampak fresh.
Oh… cerita lebih-lebih pun tidak guna. Tengoklah rancangan Generasi Y di Tv1, Sabtu ini (Hari Raya Aidiladha kedua) jam 2.00 petang. Tengok jangan tak tengok!!