CuteCarry memang mendapat banyak cenderahati daripada penganjur. Tetapi ketika mengadakan kursus 5s untuk Kolej Pembantu Jururawat Seremban, CuteCarry mendapat satu hadiah yang sangat menarik iaitu Logo 1Malaysia.
Lihatlah dunia!!! (posing macam terima anugerah pula kan!)
Kursus yang diadakan sehari suntuk di bulan puasa memanglah sedikit penat. Sebab sewaktu menganjurkan kelas, CuteCarry bukanlah hanya duduk posing depan. Konsepnya ialah pagi kelas teori, lepas tu melawat sekitar kawasan dan akhirnya sesi soal jawab. Penganjur memberikan kerjasama yang baik.
Thank you very much Kolej Pembantu Perubatan Seremban!
JIKA BERMINAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN CUTECARRY SAMADA KURSUS 5S ATAU LAIN-LAIN SILA CLICK DISINI
Berbalik kepada logo 1malaysia,mesti ramai yang tidak puasa hati dengan logo ni kan…
CuteCarry pun sama..terkejut juga bila mendapat tahu ini adalah logo sambutan kemerdekaan kita. Sebenarnya logo ini memang jenis pembuatan yang sangat caca marba dan tidak mencapai tahap sekolah rendah pun. CuteCarry yang tidak pernah belajar nak buat benda ni pun boleh tahan la kalau hendak komen.
Tetapi berita baiknya sebenarnya logo tersebut tidak digunakan. Sambutan kemerdekaan pada kali ini adalah menggunakan logo 1malaysia.
Leave a Reply