Sexy lingerie untuk plus size (juga pelbagai saiz!)
4 March 2012Comelnya anak Mawi dan Ekin!!
6 March 2012Tanjung Bungah, Penang. View from 16th floor, Rainbow Paradise Hotel, Penang. Bukan cuti tapi ada mengendalikan bengkel di sini. Rezeki banyak di utara awal-awal March ni…
CuteCarry menambah satu lagi segmen dalam CuteCarry.com iaitu Mallgasm. Ia adalah segmen untuk review mall/shopping complex dan lain-lain tempat membeli belah. Sebagai seorang kaki shopping tegar, rasanya adalah menjadi ‘tangungjawab’ CuteCarry untuk berkongsi tempat-tempat shopping bersama-sama dengan kaki shopping yang lain. Review sulung CuteCarry ialah Gurney Plaza di Penang.
Bershopping di Gurney Plaza bukan perancangan awal CuteCarry. Kisahnya disebabkan outstation yang berturut-turut, sampai lupa nak pack apa yang patut. CuteCarrybergegas daripada KL – Penang – Ipoh – KL. Ketika di Penang, baru sedar yang CuteCarry terlupa membawa suit untuk dipakai ketika mengendalikan grooming class untuk Jabatan Pendaftaran Negara Perak. Dahlah lupa bawa suit waktulah baru tersedar yang perfume Escape by Calvin Klein CuteCarry pun dah habis. So, walaupun sangat sibuk di Penang dalam masa yang singkat, terpaksa juga luangkan masa untuk shopping… betul, bukan dalam perancangan awal tetapi faktor-faktor diatas adalah alasan yang baik untuk bershopping.
CuteCarry hanya sempat berada di Gurney Plaza tidak sampai sejam tetapi bolehlah disimpulakan Gurney Plaza barangannya best. Zaman dulu-dulu iaitu lebih kurang 10 tahun lepas, CuteCarry memang biasa lepak di Gurney Plaza sebab kerja di Penang. Ketika itu, Gurney Plaza memanglah sangat ‘IN’ untuk lepak sebab paling baru dan banyak label-label yang tiada dijual di kawasan lain di Penang. Tetapi setelah CuteCarry bekerja di KL, dengar kata Gurney Plaza semakin kurang orang datang sebab ada banyak shopping mall baru seperti Queensbay Mall!
Okay…faktor kurang orang yang membuatkan CuteCarry lagi suka!!! Ketika berada kurang sejam disitu, nampaknya Gurney Plaza memang masih terbaik. Parking kereta pun tidaklah terlalu kosong, still juga kena pusing-pusing. Maknanya masihlah ramai 0rang datang ke Gurney Plaza. CuteCarry dah target nak beli apa dan malas nak fikir terus ke cosmetic department. Besar juga cosmetic departmentnya, macam-macam label ada dijual. Sangat-sangat tidak membosankan sebab offer-offer bila beli kosmetik setaraf dengan KL. Terus beli Escape Calvin Klein 100 ml, bayar dan dapat baucer RM30! Great, bonus sangat… mula-mula ingat nak beli boxer dengan voucher tu sebab tabiat CuteCarry ialah kalau dapat voucher boleh tambah boxer atau g-string! . Tetapi bila ingat boleh redeem voucher bila beli suit, terus ke Men Deparment cari suit. Naik escalator, terus ternampak suit Padini dan Seed. Cutting Seed nampaknya lebih baik dan pilihannya lebih banyak daripada yang terdapat di Padini Outlet Store! Ambil SEED slim fit dan terus dengan confidentnya kata pada salesgirl, “adik saya punya saiz M tau”… TETAPI realitinya bila pakai M jadi macam buah cempedak di luar pagar..nak button pun susah!!! I am getting bigger… bila pakai saiz L memang seelok-eloknya. Tetapi sedapkan hati kata ‘oh..maybe slim fit kut, cutting ala-ala Gucci punya baju. Terima kenyataan pakai saiz L. Do you think thats the end of the reality? NO WAY…no way.. lepas tu lagi sekali dengan confidentnya cakap pada sales, ‘adik saya punya seluar saiz 30 0r 31”.. bila cuba saiz 30 langsung tak leh masuk dan bila cuba saiz 31 nak zip tak boleh!!!!!! Bukan lagi pembalut cempedak masak, dah jadi macam ketupat palas dah ketatnya! Adik sales tu kata ‘abang 32″…terimalah realiti saiz I ialah 32! Terus beli suit SEED, harganya jacket dan seluar ialah dalam RM500 something tetapi ada diskaun 10% dan tolak voucher RM30 harganya ialah RM454.20!!! Berbaloi sangat-sangat untuk suit yang kainnya yang kualitinya agak bagus dengan cutting yang sangat cantik.
Snap dalam fitting room
TETAPI ingat ini ialah cutting slim fit ye.. sebab tu ketat. CuteCarry bukan gemuk mana ye!!! (sambil mengesat air mata stress di buai bayu laut Pulau Pinang)
Ketika menunggu untuk alter seluar sebab singkat, CuteCarry pun berjalan-jalan disekitar Gurney…seriouslu NOT BAD,not bad at all.. butik-butik Coach, G 2000 dan macam-macam lagi memang barang-barang terbaru. Setaraf KL atau mungkinkah lebih up to date daripada KL? Logiknya ada juga, sebab di kawasan Gurney ni memang kawasan orang-orang kaya dan kebanyakannya demand hendak only the latest. Ada kawan CuteCarry cakap barangan di Gurney up to date setaraf dengan Singapore!
Kesimpulannya, walaupun berada tidak sampai sejam di Gurney Plaza,shopping disini sangat-sangat BEST.Right after that quick shopping spree, CuteCarry kena balik hotel packing dan bergegas ke Ipoh pulak, tetapi sempat pekena Laksa Penang Ayer Itam di Gurney Drive (depan McDonald bulatan Gurney). RM3. Sedapnya…. walaupun baru stess sebab seluar ‘slim fit’saiz 32, tetapi habis satu mangkuk. Kawan CuteCarry makan nasi lemaknya dan diaorang cakap memang terbaik di situ.