Beraya dengan designer bag di Gorgeous By Shashaari
12 Ogos 2012RIP Datuk Punch Gunalan
15 Ogos 2012Media sering memaparkan kisah rompakan yang berlaku di tempat letak kereta di pusat-pusat membeli belah terkemuka. Ada yang cedera, hampir dirogol dan ada macam-macam lagi. CuteCarry pun selalu juga membaca kisah tersebut, samada melalui media konvensional ataupun apa yang dipostkan didalam facebook. Banyak membaca juga mungkin menyebabkan CuteCarry terselamat.
Pada hujung minggu lepas setelah menemani kawan Cutecarry iaitu Rosix dan Ridzuan bershopping manik di Jalan TAR, mereka pun menghantar CuteCarry ke kereta CuteCarry . CuteCarry drive ke salah sebuah pusat membeli belah yang terkemuka di Kuala Lumpur. Tidak perlulah disebut namanya tetapi cukupla dikatakan bahawa tempat tersebut memang banyak butik designers dan high end labels. CuteCarry mengajak juga diaorang teman shopping tapi seperti biasa mereka sibuk sekali dialam semesta ini dengan orang datang fitting segala. Musim raya kan…
Keseorangan lah CuteCarry bershopping pada hari itu. Tetapi tidak mengapa sebab CuteCarry memang suka bershopping seorang diri. Lebih bebas dan kita mempunyai masa kita tersendiri. I am a serious shopper. I know what I want.
Manusia punyalah ramai di pusat membeli belah tersebut. Setelah membeli beberapa helai baju, seluar daripada label dalam dan luar negara (I support Malaysian designers tau!) CuteCarry pun balik dan menuju ke basement car park. Jam adalah sekitar 4.00 petang walaupun pusat membeli belah tersebut ramai pengunjung tetapi basement parking itu agak sunyi la juga. Walaupun ada kereta yang lalu lalang keluar masuk tetapi tidak semeriah di dalam shopping area.
CuteCarry dengan penuh tangan dengan hasil tuaian shopping pun berjalan seorang diri ke kereta. Semasa sedang berjalan CuteCarry dapat rasa macam ada satu kereta yang mengekori. Tetapi Cutecarry rasa mungkin itu hanya fikiran Cutecarry. Tiba-tiba semasa hendak berjalan ke kereta Cutecarry sebuah kereta Wira lama yang agak usang berhenti di depan CuteCarry. I’m having an uncomfortable feel when the car suddenly stopped. Didalam tersebut ada 4 orang lelaki yang bolehlah disimpulkan daripada gaya bukan jenis yang shopping ditempat tersebut. Ganas juga lah rupa mereka. Hati sudah sangat tidak sedap bila tiba-tiba kereta berhenti didepan kita. CuteCarry pun bersedia untuk lari bila salah seorang daripada mereka keluar. Tetapi CuteCarry dah tekad, by hook or by crook or what ever happened, I will run..run CuteCarry run (tiba-tiba teringat Forrest Gump pulak!). Yang dibelakang macam hendak membuka pintu dan keluar tetapi bila melihat CuteCarry yang agak sangsi dan bersedia untuk lari, yang duduk di depan sahaja keluar pintu. Lelaki tersebut bertanya “boleh tumpang tanya, jalan keluar kut mana?”..
CuteCarry pun jawab ‘pusing kiri’..sambil terus berjalan laju-laju.Pada waktu itu juga ada kereta dibelakang dan beberapa ketika selepas itu ada guard meronda dengan motor.
Lelaki tersebut terus mengucapkan terima kasih dan masuk semua ke dalam kereta.
Mungkin ada yang berfikir CuteCarry ni terlalu trauma kerana mungkin lelaki itu hanya ingin bertanya soalan untuk jalan keluar tetapi apakah motifnya kerana TERPAMPANG TANDA “EXIT/KELUAR” didepan mereka. Seriously betul-betul papan tanda tu depan mereka. Perlukah tanya soalan macam tu? Juga perlulah keluar daripada kereta untuk bertanya?…boleh tanya daripada dalam kereta.
CuteCarry merasakan kemungkinan mereka ingin merompak atau melakukan perkara yang tidak baik tetapi bila terlihat yang Cutecarry bersedia untuk berlari dengan muka sangat ragu-ragu walaupun keadaan membawa barangan shopping dengan “tetap sunglasses” dan juga bernasib baik ada guard meronda dengan kereta lain yang sedang masuk ke parking kereta, mereka membatalkan niat mereka.
Syukur alhamdulillah..
Beberapa bulan lepas kawan CuteCarry (lelaki) dirompak oleh beberapa orang lelaki ditempat letak kereta yang sama, yes.. that very same shopping mall and car park. Taktik nya ialah bila dia hendak masuk kereta lelaki datang menyerang daripada belakang.Habis duit, blackberry dan lain-lain.
Adakah mereka orang yang sama merompak rakan CuteCarry?
Bila CuteCarry bercerita kepada rakan-rakan,macam-macam pandangan yang diterima, ada yang minta hati-hati, minta keluar berteman dan ada juga yang minta supaya CuteCarry mengubah cara dressing, berpakaian. Jangan pakai yang terlalu vogue atau berlebih-lebihan.. btw.. ini ialah dressing Cutecarry pada hari itu.
Gambar diambil oleh Ridzuan Ismail di kedai manik (bukan ditempat shopping mall kejadian itu berlaku)!! Rasanya tidak lah vogue mana kan. I am wearing my weekend uniform, shirt can’t remember label apa, rasanya beli kat Melaka,jeans: Indonesian designer bought in Bandung, sunglasses: Vintage, shoes, Sembonia (murah je RM99!) dan bag: Louis Vuitton.
Takkan lah CuteCarry nak pakai selekeh kut.. I cannot change my style. CuteCarry juga tidak menyarankan anda semua menukar dressing ye demi mengelakkan perompak. Tetapi kita kena hati-hati. CuteCarry ada buat sedikit research, ini ialah yang perlu kita buat semasa di car park:-
i. Sebelum ke car park, keluarkan dulu kunci kereta.Jika dekat kereta baru hendak mencari kunci kereta dalam beg atau seluar, ia akan memberi peluang kepada perompak untuk menyerang kita kerana kelekaan kita mencari kunci kereta.
ii.Sampai di kereta, masuk terus ke dalam kereta dan kunci kereta. Elakkan berada terlalu lama di dalam car park.
iii. Jika ada barang-barang, masukkan ia ke dalam kereta dengan cepat. Elakkan memasukkan didalam bonet kerana kemungkinan mengambil masa agak lama dan memberi peluang kepada perompak. Tetapi terus letakkan tempat duduk belakang. Jimat masa.
iv. Jika tiba-tiba ada kereta ataupun orang menghampiri kita, bersedia untuk berlari. Jangan buat muka terlalu selamba. Kita perlu tunjukkan yang kita aware yang dia akan melakukan sesuatu pada kita. Show that you know something going on.
v. Jika keadaan terdesak, tekan alarm kereta atau menjerit (itu jika dia mula menyerang). Jangan menjerit tak tentu hala pulak…tengok-tengok orang itu hanya masuk ke kereta dia yang di parking di sebelah kereta kita. Last-last dia pun sama-sama menjerit. Memang drama opera kat tempat parking kereta!!!
Last but not least.TRUST YOUR INSTINCT!!
Boys and girls..stay safe!!!
That’s it.