Peristiwa terjatuh di Kompleks KDN Perak!

Ini adalah posing terakhir  bersama peserta kelas grooming sebelum CuteCarry terjatuh dengan jayanya di Jabatan Pendaftaran Negara Perak!

Jemputan mengadakan kelas penampilan diri yang disertai oleh warga-warga JPN seluruh negeri Perak. Best juga mengadakan kelas di sini sebab first time buat talk di Ipoh, lepas tu terus boleh balik kampung. CuteCarry diberikan pentas yang besar dan dengan jayanya berangan macam superstar  atas pentas.

Tetapi sejurus selepas habis talk, CuteCarry pun kemas barang-barang, pakai sunglasses dan melangkah keluar dewan dengan penuh semangat dan ala-ala I lah orang kuale paling stylo dan semasa itulah..

Dushhh…CuteCarry tergelincir diatas lantai yang agak licin. Dah rasa macam buah cempedak gugur pulak. Tetapi untuk mengelak rasa malu, sejurus selepas jatuh CuteCarry macam spring naik berdiri kembali. Ramai la hendak tolong CuteCarry tetapi tetap maintain dan cakap “I’m okay,,takde apa lah”..tetapi hakikatnya sakitnya tangan sebab menahan diri semasa jatuh tu!

Ingat…maintain tetap maintain. Jatuh je, terus berjalan seperti biasa ke kereta bersama rakan CuteCarry iaitu Joey Makeover dan dalam kereta mengeluh sakan. Sebab sakit sangat, kita terus ke Bahagian Kecemasan, Hospital Kuala Kangsar. Ingatkan dah patah tetapi selepas x-ray, doktor kata hanya sedikit terseliuh. Sakitnya sampai ke hari ini, still tak leh nak angkat benda-benda berat.

Moral of the story ialah… kalau jatuh sila kekalkan gaya anda. Stylo dimana sahaja anda berada! Maintain……

untuk mendapat perkhidmatan grooming CuteCarry untuk pejabat kerajaan atau swasta,sila hubungi 0193290397  atau email cutecarry@yahoo.com

Kepada orhang Perok…nanti kita jumpe kome semua lagi ye..