Perkahwinan Diraja Luxembourg dengan gaun perkahwinan Elie Saab

Couturier berketurunan Lebanon, Elie Saab telah mereka pakaian Stephanie de Lannoy, seorang kerabat Belgium yang berkahwin dengan Prince Guillaume of Luxembourg. CuteCarry sebenarnya tidaklah berapa tahu sangat berkenaan dengan kerabat Luxembourg tetapi bila perkahwinan tersebut disiarkan secara LIVE di Luxe HD melalui Unifi, and I was like wowwwww!!!! Walaupun perkahwinannya tidaklah seglamour atau popular William and Kate (CuteCarry guna glamour dan popular sebab ke Will and Kate are like extremely worldwide televised kan) tetapi tidak kurang hebatnya. Gaun perkahwinan yang simple dengan train yang panjang. Elegant and sweet. Sopan pakaian perkahwinan ini;  seperti gaun pengantin Kate oleh Alexander McQueen. CuteCarry ada tengok orang Melayu punya wedding dress, rasanya ada lagi seksi daripada ini kut. Erm… mungkin orang-orang Melayu yang feeling kahwin dengan dress yang seksi ini rasanya diaorang lebih mat saleh kut daripada Stephanie and Kate! Tetapi itu taste masing-masing!

Bukan pengantin sahaja yang glamour, tetamu pun wow… semasa melihat LIVE, CuteCarry tertarik dengan baju-baju ini…

Lupa siapa mereka tetapi yang pasti mereka adalah kerabat-kerabat diraja juga,yang atas tu wow…. LOVE..LOVE and LOVe.. rasanya dia daripada Sweden or something dan ala-ala jubah tu daripada Lebanon (kalau tak salah).