Peristiwa CuteCarry “tertinggal luggage” dan sehelai sepinggang ke China
6 May 2012T-shirt designer disangka t-shirt FREE uniform company
10 May 2012Tercapai juga hasrat CuteCarry untuk melawat satu lagi keajaiban dunia. Jika pada tahun lepas, CuteCarry menikmati keindahanTaj Mahal di India pada tahun ini memanjat Tembok Besar Cina.from OI (orang India) to OC (orang cina)! 1Malaysia sangat.
RM25. Itulah harga untuk secangkir kopi di Great Wall of China. Walaupun ada yang kata mahal tetapi hey…bila la kita dapat minum di tepi tembok paling popular di dunia kan? (Starbucks pun lebih kurang je kan..murah sikit je) Kalau cakap kat orang-orang kampung CuteCarry rege kopi tu mesti ada cakap “apa hei mahei bebenor kopi tu?” Haruslah mahal ye..kopi ni kat binaan keajaiban dunia, bukannya tepi rumah teres kan. kalau jual kopi Janda ke, Tongkat Ali Power ke apa pun mesti mahal punyalah!
Banyak stesen untuk masuk ke Great Wall dan segalanya berbayar kat Tembok Besar China. Kalau nak masuk pun kena bayar ye.
Tembok Besar ini bukanlah sekadar hanya semata-mata tembok tetapi segala-galanya ada disini. Jika dahulu disini terletakkan tempat kawalan,pejabat, sekolah, tokong dan sebagainya ditembok tersebut tetapi sekarang daripada kedai menjual cendermata, restoran sehinggalah kepada tempat menyewa kostum! CuteCarry pun menyewa kostum askar maharaja yang berharga RM25 beserta sekeping gambar.
“Fitting” disebelah kedai menjual baju-baju dan cenderamata.Terasa macam lokasi photoshoot cuma bezanya yang memakaikan baju ini ialah nyonya-nyonya dan bukannya stylist! Very the sesuatu nyonya ni dok cakap Mandarin dengan CuteCarry daripada mula sampai sudah.
Pose..pose.
Pernah dengar tak orang cakap “climbing the great wall“?
Ya ampun…penatnya walaupun CuteCarry hanya mendaki ke satu stesen. Walaupun hebat skal didunia CuteCarry canang satu dunia yang CuteCarry bersenam di gym segala tetapi bila memanjat great wall ni memang sesuatu yang sangat mencabar. Lelah dan sakit lutut.Curam betul. Atau adakah sudah tua? (sambil memerhati kedutan halus di mata). Tapi satu hal yang paling best ialah nyonya-nyonya tua kat sini panjat tembok ni macam biasa je. Tak taulah diaorang minum apa? Kopi janda power ke, kacip fatimah rapat segala atau mungkin kopi RM25 tu apa tapi sangat bertenaga! saksikanlah aksi-aksi CuteCarry mendaki.
OVER TAK?
Lagi posing over bila dah letih!! (sewaktu snap snap ini turut diperhatikan oleh mereka yang lalu lalang di situ)
Posing ini inspirasi konon-konon high fashion spread walaupun pakai baju very the kategori OC bukit bukau.
Jika orang tu ada sakit jantung segala ke,management dah siap pesan dah. Hati-hatilah.Nanti tak pasal-pasal paramedik kena naik atas bukit tu!
Tapi bila dah naik atas… puasnya hati melihat pemandangan.
Tapi sebenarnya jauh lagi kalau nak menghabiskan Tembok Besar Cina ni yang panjangnya lebih kurang 8000 km iaitu daripada China sampailah sehingga hampir ke Mongolia . Binaan yang kukuh dan di pergunungan yang mencabar tahan sehingga ke hari ini. Tidak dapat bayangkan bagaimanakah keadaan zaman dahulu ketika tiada peralatan moden samada untuk membina atau mendaki tembok ini. Mengikut penduduk tempatan, pada waktu dahulu, ia juga digelar “Wall Body” sebab ramai yang mati sewaktu membina tembok ini sejak tahun 200 sebelum masihi. Mereka yang mati tidak dibawa kebawah tanah rata tetapi terus dikebumikan di pergunungan dimana tembok besar ini dibina. Mungkinkah ada “sesuatu” sedang memerhatikan CuteCarry ketika sedang posing-posing disini?
Sedikit tak best ialah bila tengok ada orang menconteng di Great Wall, termasuk lah tulisan dariapda Malaysia “Malacca girl was here lah”,”Azie was here lah”.. dan segalalagi yang CuteCarry yakin 99.9% orang Malaysia buat!!