Tips percutian ke Cairo untuk mereka yang tidak mahu pening kepala!

Fikirkan berkenaan firaun, kita akan bayangkan piramid. Jika anda sudah terbayangkan piramid, anda mesti teringatkan Egypt.  Tahukah anda terdapat beratus-ratus piramid dan firaun bukannya seorang.. ada beratus-ratus firaun!

Tetapi entry ini dibuat ialah untuk anda yang ingin bercuti ke Egypt tetapi kurang adventerous, bukan jenis backpack dan pentingkan keselesaan. Anda adalah seorang yang kurang suka hendak serabut fikiran ketika bercuti dan mungkin jenis pembersih. Jika anda memenuhi kriteria diatas, sila ikuti tips percutian ini.

My greatest time of my life adalah  semasa menyambut birthday party saya di atas Sungai Nile, Cairo. (yang ke berapa dirahsia atas sebab-sebab tertentu).

Penerbangan ke Egypt

Warganegara Malaysia tidak memerlukan visa  untuk ke Egypt.Penerbangan pilihan yang paling mudah ialah Egypt Air. Yes… ada beberapa penerbangan lain tetapi jika apa kata anda merasa naik penerbangan dari negara tersebut. Penerbangan dari KLIA akan transit sebentar di Bangkok (lebih kurang sejam) dan terus ke Cairo. Makanan yang dihidangkan juga agak menarik. Jangan lupa tonton filem Arab dalam flight nanti ye.

Pengangkutan

Saya jenis yang tidak mahu serabut memikirkan pengangkutan jika dimana-mana. Saya cadangkan anda tempah dahulu pengangkutan untuk membawa anda berjalan-jalan. Harga adalah amat berpatutan.

Pemandu pelancong

Saya cadangkan anda mengambil pemandu pelancong daripada Malaysia ataupun Indonesia. Mereka adalah pelajar atau bekas pelajar yang menuntut disana. Insyallah anda tidak akan ditipu dan paling utama mereka FAHAM BAHASA DAN TASTE KITA.

Cadangan saya ialah Fauzi, warga Indonesia yang telah tinggal berbelas tahun di Egypt. Beliau amat fasih berbahasa Arab. Pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai sejarah dan tempat-tempat menarik di Egypt adalah menakjubkan. Whatapps and facebook Akang Cairo

Keselamatan

Jangan risau, anda selamat di Cairo. Pastikan anda memilih pemandu pelancong yang betul (refer to point iii).

Night life di Egypt

Kita akan pelik kenapa kedai masih tidak dibuka walaupun jam menunjukkan pukul 10.00 pagi.  Ini adalah kerana Cairo memang meriah waktu malam. Explore the city terutamanya disekitar kawasan Down Town, Cairo.

Penginapan

Kadar hotel di Mesir agak murah berbanding Malaysia.  Jika anda berada di Cairo dan ingin berjalan-jalan tengok night life orang Mesir, pilih hotel di sekitar Down Town Cairo. Jika menginap di hotel seperti di kawasan piramid Giza, malam-malam mungkin agak membosankan. Jangan tertipu dengan keadaan luar hotel yang amat buruk kerana berlainan dengan keadaan dalam hotel. Konsepnya ialah luar buruk dalam mungkin cantik atau jika tidak nasib baik, mungkin tidak sebaik hotel di negara kita. Tetapi, kenapa hendak hotel terlalu cantik jika kita akan berjalan sehari suntuk dan hanya untuk menginap? Btw..please don’t compare.

Kawasan Piramid Giza

One of the Seven Wonders of The World. Tiket berlainan diperlukan untuk tiket kemasukan sekitar piramid atau ingin masuk ke dalam piramid. So, if you want to feel Mummy Return’s experience (yes.. I am talking about the movie), please explore inside the pyramid.  Tetapi jika ingin masuk ke dalam piramid, pastikan anda cukup fit. Keadaan dalam piramid bukan seperti berjalan leisure-leisure feeling-feeling di Mid Valley ye, ia agak mencabar. Anda kena memanjat, menaiki tangga yang agak curam dan merangkak untuk ke dewan makam utama.  Mereka yang cepat letih, lelah atau jenis berjalan 10 minit pun rasa penat, tidak perlulah membeli tiket, membazir je. Nanti jadi tajuk berita ” Pelancong Malaysia pengsan dalam piramid”.

SIMPAN tiket anda untuk melawat kawasan Sphinx (kepala singa tu).

Jika hendak naik unta, minta tourist guide anda untuk memilih atau negotiate. Jangan lupa untuk ke kawasan PANORAMA. Ia adalah kawasan terbaik untuk melihat pemandangan dan bergambar dengan piramid-piramid di kawasan Giza. Naik unta dengan bayaran sekitar RM100 sahaja.

JANGAN LAYAN mereka yang cuba menawarkan perkhidmatan tunggangan unta diluar kawasan piramid. Sila tanya pada tourist guide anda. Banyak kisah orang Malaysia kena tipu dikawasan ini. Berhati-hati dengan penjual cenderahati kerana ada yang kurang jujur.  Jika mereka mengatakan ‘present’ JANGAN sentuh  barangan tersebut, nanti kena bayar. Kalau boleh hanya senyum dan jangan layan. Jangan tunjuk lagak  pulak ye…

Penyelesaian supaya tidak tertipu di sekitar Piramid ialah untuk sentiasa bersama tourist guide.

Tips

Sediakan wang kecil kerana TIPS adalah budaya disini.

 

Cruise Sungai Nile

Jika anda ke Egypt, wajib naik cruise Sungai Nile. Meriah sangat pada waktu malam. Bayaran sekitar RM100 bersama buffet makan malam.

Muzium

Piramid hanyalah binaan. Jika hendak lihat lebih banyak wajib ke Egyptian Museum.

Debu

Egypt secara relatifnya agak berdebu berbanding negara kita . Jika anda tidak selesa dengan debu, bawa face mask.

Makanan

Jika perut jenis sensitif hati-hati dengan makanan ditepi jalan. Cuba pilih restoran yang bersih. Jangan lupa cuba segala jenis makanan tradisional Egypt. My favourite ialah merpati dan typical Egyption food Kyshary. Try it.

International Buffet with strong Egyptian taste at Soiree Restaurant, Pustat, Old Cairo at only RM20 per person . Not bad but not too fabulous lah kan.

Jangan lupa Al Shafawi coffee shop, Khan Al Khalil. Never closed its door since 1773. I’m here for the experience and then the coffee …  try syahlab, a very traditional egyptian drink.
Takde cuti langsung kedai ni sejak beratus tahun dahulu.. bayangkan zaman2 dahulu the atmosphere of this oldest coffee shop in Cairo. Priceless. Staff sini baik sgt bagi bilik special kat I. Banyak gambar2 pemimpin antaranya Raja Farouk, the last Egyptian king, Nagib Mahfudz -Noble Prize, Butrous Gali politiciab & banyak lagi yang pernah minum dibilik ini.

Jika hendak makanan Asia , memang banyak di kawasan Cairo. Terutamanya sekitar kawasan student Malaysia.  Don’t forgey to visit Nile restaurant for Thai Malay food di Hayyu 7 Cairo.
ps: orang Egypt tak makan pedas, jika hendak puas bawaklah sambal sendiri!

Nanti saya share lagi ye.

 

XOXO