Travelgasm: Babi guling? Susah cari makan di Bali?

Mengarut. Itu adalah perkataan CuteCarry jika ada yang ke Bali dan kata susah mencari makanan. Orang Melayu kan memang dimana-mana jaga pemakanan mereka. Kalau pergi ke oversea, jaguh menjaga halal haram bila tiba bab makan jatuh kepada melayu. Tetapi bila tiba bab lain skandal, seks (oppsss…) dan mungkin minum arak  tidak jaga pula. Contoh terbaik kalau ke Thailand..amboi dengar kata gigih  mencari makanan muslim tetapi bila malam menjelma mencari “makanan lain” pulak. Halal ke?

Gurame goreng sweet sour..i think kalau kat Malaysia ikan kaloi.

Kembali kepada mencari makanan muslim di Bali. Senang je nak mencari makanan muslim di sana. Banyak yang memaparkan halal, tapi kalau hendak mencari logo halal JAKIM macam kat Malaysia memang takdelah disebabkan oleh:-

HELLO..ni bukan Malaysia,ini Indonesia yang sibuk nak mencari logo halal JAKIM tu sampai bila pun tiada!

Makanan halal yang paling senang di Bali ialah di kedai makanan Padang, bila masuk kita tanya halal atau tidak dan ada juga didalamnya cop halal dan ayat-ayat al-quran.  Kena pandailah mencari makanan halal. Banyak  disana.

Restoran Makanan segera seperti McD juga adalah halal kerana satu Indonesia McD memang halal. Masuk dan tengok kat kaunter, ada lambang makanan halal. Tetapi kalau setakat hendak makan McD kalau bercuti,belakang rumah kita pun ada kan!

Tetapi kena jaga-jaga juga, kedai masakan asli Bali tidak halal. Sah-sah kalau ada tulis Babi Guling,makanan famous di Bali memanglah tidak  halal. Kalau nak gamble tanya ‘ni halal ke?” walaupun dah sah sah terguling tergantung sekor dua di situ memang lah tak halal.

So, isu makanan halal di Bali selesai!

CuteCarry tinggal di beberapa private villa ketika berada disana.  Konsepnya ialah kita tinggal didalam kawasan villa tersebut yang kepunyaan kita sendiri. Ada kolam mandi dan sangat privacy.Harganya pun tidak mahal, boleh dapat bermula daripada sekitar RM400  semalam. So, murahlah untuk villa yang selesa, privacy, kemudahan dan yang penting ketenangan yang didapati.

 

Ketenangan inilah yang CuteCarry cari, memang daripada dulu sampai sekarang. CuteCarry cuba elak tinggal di kawasan bandar Kuta yang sibuk. Ini membawa kita ke mitos bali seterusnya iaitu:-

Bali aman sentiasa, kereta tak banyak, perkampungan..orang miskin merata-merata.

TIDAK TEPAT. Kalau disekitar luar bandar, suasana tenang,sunyi,bunyi burung tetapi di bandarnya sibuk, traffic jam dah nak jadi macam traffic jam kat Pulau Pinang (which can be worst to worst to worst!). Memang ramai betul pelancong yang datang Bali. So, bayangkan Gurney Drive, Penang pada waktu puncak. Begitulah keadaannya…

 

Ada yang cakap Bali ni kampung, takde apa nak shoppping. Setakat painting dan hiasan tu ada lah.Oh…darling, think again. Segala brand ada disini, daripada jenama designer Indonesia seperti Milo kepada high street TopShop kepada FarahKhan ada kat sini!!! Tak lama lagi boleh digelar pulau fesyen.Bila shopping di Direct Factory Shop (DFS)..banyak brand daripada Gucci, Burberry, Marc by Marc Jacobs.Segalanya ada. Tetapi konsepnya beli di mall,bayar dan kemudian waktu nak balik tunjuk resit dan tuntut di kaunter DFS di airport.

FAKTA: Keindahan manusia Bali.

Orang Bali ni cantik-cantik kacak-kacak ganteng-ganteng orangnya.. well.. CuteCarry sangat bersetuju. Exotic, natural look. CuteCarry memang sangat suka orang exotic. Totally my type. oppsss…

Orangnya cantik-cantik paras rupa dan baik budi bahasa, daripada penjual cenderahati sehinggalah kepada pemandu teksi. Jika di KL kita senang-senang kena maki dengan teksi driver (pernah kena marah dengan teksi driver) atau penjual dikaki lima jika tidak membeli (contoh di Petaling Street, pernah kena sekali, lepas tu tak pi dah…) tetapi di sini orannya peramah dan sangat menghormati pelanggan dan tetamu.

Mereka berpegang kepada budaya dan agama. Agama mereka adalah Hindu tetapi berlainan dengan agama hindu seperti yang CuteCarry tengok ketika di negara India dan juga di Malaysia. Agama Hindu Bali adalah seperti gabungan antara Hindu, Buddha dan juga kepercayaan semulajadi. So, memang interesting kalau nak belajar berkenaan kepercayaan mereka. Kalau di Malaysia kita sambut Deepvali tetapi disana mereka lebih meriah dengan Hari Raya Kuningan. Semasa CuteCarry kesana dah terlepas perayaan tersebut.

Bila buka radio Bali pada waktu tertentu, semua lagu dihentikan dan  kedengaran  mantera dibaca. Itu menunjukkan telah masuk waktu sembahnyang untuk orang  Bali iaitu pada waktu pagi (sekitar jam 6 pagi), tengah hari (12 tengah hari) dan petang (6 petang). CuteCarry tanya pada pemandu teksi tidak sembahnyang kah, dia kata dia sembahyang kerana lebih berkat rezeki kalau dia sembahyang.

Kagum tengok orang Bali mengekalkan kebudayaan mereka. Walaupun Bali menjadi tumpuan pelancong satu dunia dan memang senang dipengaruhi oleh pengaruh Barat, tetapi setiap tempat ada ciri-ciri Bali. Barulah pelancong nak datang!!!

Pelancong paling ramai ialah daripada Australia dan Singapore.

CuteCarry beritahu yang CuteCarry orang Malaysia dan terus mereka cakap Upin Ipin.

Panggilan mereka untuk CuteCarry selain ‘Sir’ ialah

KAKAK!!!

Bila didalam teksi, pemandu teksi yang ramah tamah tu panggil CuteCarry

PAKCIK!!!

Jangan buat konklusi ya, bukan sebab CuteCarry drag pakai berkemban ala wanita Bali sampai nampak macam perempuan atau dah nampak tua macam pakcik, tetapi disebabkan oleh mereka kurang faham konsep kakak dan pakcik.

“kakak…mau Jin Pa – ul Ga-ul ti-errrr?”

Terasa macam nak libas rambut mengurai…nasib baik tak berangan pointer bra Jean Paul Gaultier  sekali.

“Pakcik mau ke mana?…”

Terus rasa tua.. tidakkkkkk… :p

Mampu?

Thats it. Lite-Lite.