Turkey – lambang keanggunan tamadun Islam – Dingin Subuh Istanbul!

CuteCarry sebenarnya agak obses dengan bandar-bandar yang mempunyai budaya dan bangunan bersejarah. Jika diberi pilihan, rasanya ingin melawat kesemua bandar-bandar ini tetapi apakah daya, masa tidak mengizinkan. CuteCarry terlalu sibuk dengan urusan seharian dan mengendalikan CuteCarry Sdn Bhd adalah seperti menatang minyak yang penuh.

Tahukah anda kali terakhir CuteCarry bercuti ke luar negara adalah tiga tahun lepas.

Orange jacket from Uniqlo.

Akhirnya, cita-cita menjadi kenyataan. CuteCarry telah bertekad untuk berehat kerana mengenangkan mesin juga perlu berhenti. I booked my ticket to Turkey, with my friend of course. Okay…let me rephrase. My friend suggested the idea of us going to Turkey and we booked the tickets right away.

Konsepnya ialah menyambut tahun baru di Turkey dan kami bertolak pada 30 Disember 2014. Pilihan penerbangan ialah Turkish Airlines, bukanlah kerana kami takut naik Malaysian Airlines (MAS) tetapi itu adalah antara syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Turkey pada masa dan bertepatan dengan program kami. Sebenarnya, ada baiknya kami menaiki Turkish Airlines kerana dapat merasa kepelbagaian makanan yang dihidangkan. Jika sebelum ini naik MAS dapat makan kacang ataupun sate di atas Turkish Airlines dihidangkan dengan Turkish Delight dan beberapa makanan yang tidak betah lidah menyebutnya. Konsepnya ialah bakar, rebus, keju, butter, tomato dan keju, roti, keju, keju mentega dan segar (yes.. cheese!). Boleh tahan rasanya untuk lidah melayu ini.

Alhamdulillah, berjam-jam tidur dan bangun akhirnya kami mendarat di Istanbul dengan disambut cuaca yang terlalu sejuk kerana gabungan dingin musim sejuk dan hujan. Pemandu pelancong kami telah bersedia menunggu untuk menguruskan bagasi. I am so not a backpack person, so I must say that my bag are among the hugest of all!

Kami terus dibawa untuk bersembahyang disalah sebuah masjid lama disini. Sebenarnya untuk melabelkan masjid ini lama mungkin tidak sesuai kerana hampir semua masjid di Istanbul adalah lama dan dibina sejak beratus-ratus tahun dahulu. Mengikut pemandu pelancong kami Mustapha terdapat lebih 3000 masjid di Istanbul!

Jangan salah anggap, ini bukanlah Blue Mosque kerana hampir semua masjid di Istanbul mempunyai rekabentuk yang sama.

Indahnya binaan di dalam masjid ini. Kami sempat menunaikan solat Subuh disini dan pada hari itu masjid agak penuh kerana menurut kata Mustapha, Dato Bandar Istanbul berada disitu untuk menyampaikan amanat tahun baru ketika kuliah Subuh. Kalau di Malaysia buat menyampaikan amanat ketika Subuh agaknya ramai tak yang datang?

Kami bergegas untuk ke bandar purba Bursa!

Orange jacket from Uniqlo can’t stand the cold.

Tunggu kisah selanjut…