Menang Ipad2 di peraduan KLMU!!!
4 Januari 2012Cheongsam 2012 dan berparti di Amber Chia New Year Wrap Up Party
8 Januari 2012Amalina Che Bakri adalah seorang pelajar pintar yang pernah menggegarkan negara dengan kegemilangan keputusan peperiksaannya. Itu adalah cerita beberapa tahun lepas. Waktu tu sapa yang teruk SPM siaplah mak bapa dia berleter pagi petang siang malam dengan menjadikan Amalina sebagai contoh. Antara ayat-ayat laser yang dikeluarkan oleh ibu bapa ketika itu ialah
“tulah..dulu suruh belajar malas, sekarang dah dapat teruk SPM,Amalina tu dapat berbelas A, dia rajin belajar”
“Seronok tengok anak orang dapat result elok” – suara sendu sambil baca newspaper semasa anak yang dapat teruk SPM tengah tengok TV.
“Sejuk perut ibu dia mengandung” – cakap kuat-kuat sambil selak majalah yang ada gambar mak Amalina dengan harapan anak yang nyawa-nyawa ikan result SPMnya akan terdengar!!
Tetapi dahulu, kini ibu bapa dan anak yang teruk result SPMnya itu bergabung tenaga bersama-sama mengutuk Amalina. Paduan kukuh mengumpul dosa yang amat mantap selepas sama-sama membaca pasal Amalina di blog-blog. Kutuk pun gila-gila sampai liang lahad. Hebat mengutuk terutamanya bila dapat tahu yang blog-blog tersebut tulis Amalina FAIL study.
TRUTH… AMALINA TIDAK FAIL STUDY NYA SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH SEORANG AHLI POLITIK dalam Parlimen. Well…
CuteCarry pernah nampak Amalina LIVE sewaktu di Anugerah Bintang Popular,I can’t remember when tetapi waktu tu dia naik pentas. Dressing dia waktu tu agak sedih lah, maklumlah bukan pandai bergaya lagi. Ala-ala gadis bertudung yang sangat innocent. Gosh..that is like so so long ago..
Now, Amelina and her famous lace legging!!! Sorry ye CuteCarry takkan tunjukkan gambar tu sebagai menghormati permintaan Amalina.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=1dQnKqw94dc[/youtube]
Gambar Amalina yang memakai lace legging menjadi tumpuan.Lace legging yang dipakai oleh dikatakan seksi. CuteCarry tidak pasti apakah dia jenama legging itu (katanya dibeli oleh ibunya) tetapi CuteCarry pernah tengok legging seperti itu di Top Shop dan juga Alexander McQueen .
Alexander McQueen lace legging. One of the most sought after lace legging.
Jika kita tengok legging yang dipakai Amalina memang nampak seperti seakan-akan tanpa lining tetapi menurut Amalina legging tersebut ada lining. CuteCarry tengok laca legging tersebut ialah warna nude, sebab tu nampak seperti tu warna kulit. I am not really a big fan of lace legging and not everyone can wear it the right way. I think the best way to wear lace legging is to tone down everything (from top to heels) .
Kemungkinan Amalina salah sebab sewaktu menerima dia dapat result dulu dia pakai tudung tetapi sekarang dia free hair. Orang kita mungkin hendak melihat Amalina menjadi seorang yang innocent zahir dan batin selama-lamanya. Orang ingin melihat dia pakai tudung,baju ketat macam mana pun tidak mengapa asal pakai tudung, rambut perang macam mana pun tidak mengapa asal pakai tudung, kebaya ketat sambil selambak nampak segala tidak mengapa asal pakai tudung. Baju kurung tanpa lining tangan pun tidak mengapa asal pakai tudung.
Masalahnya sekarang Amalina bergambar free hair dengan rambut dah warna lain ditambah dengan lace legging yang legend itu.
Pada CuteCarry, kita tidak patut judge dia. Mungkin dia bersalah kerana gagal menjadi apa yang masyarakat hendak dia jadi tetapi siapakah kita hendak menghukum dia seperti kita adalah Tuhan?
Ada diantara komen-komen yang dibaca di facebook mengutuk Amalina dengan sangat teruk. CuteCarry pun buka wall orang yang kutuk Amalina itu (jadi penyibuk jap)…ayo ayo..dia pakai tudung tetapi baju ketat nampak lemak, skinny jeans dengan punggung dia yang besar. Sedarlah diri sikit sebelum kutuk orang, cermin diri dulu. Kesalahan dia lagi banyak, selain kutuk Amalina dia juga pakai pakaian salah.kalau punnggung besar rentikanlah pakai skinny!! lagipun kalu cara tu pakainya buka tudung jelah…
Menasihat boleh tetapi janganlah mengutuk.Jika hendak kutuk pun ada hadnya. Janganlah sampai ke tahap yang tidak boleh diterima. Jika anda seorang Islam sejati janganlah mengutuk giler-giler. Nasihatlah secara baik.
Ada yang cakap Amalina ni culture shock sebab duduk di oversea. Ada juga cakap sapa sapa yang duduk/belajar oversea banyak yang culture shock dan jadi liar. HELLO…kalau nak culture shock dan jadi liar tidak payahlah nak pi oversea, student-student local kita ni pun ada sesetengah kalau tidak pi oversea pun tahap keruntuhan sosial lebih hebat daripada budak duduk oversea. Ramai je student oversea yang elok budi pekertinya. Amalina di Oxford (kan?) dan dia bergambar dengan rakan-rakannya. Erm…cakap dia teruk sebab peluk lelaki ye, yang kat facebook camwhore perempuan laki tu apa kes? Dekat-dekat ala-ala peluk tu camna pulak? Local student kita hebat, tidak lama lagi boleh jadi ahli politik, kalau diaorang tak kena buang awal-awalnya daripada U! Dia memang salah sebab bergambar macam itu tetapi jangan le nak mengutuk teruk bebenor kome oii..
Don’t get me wrong I don’t condone her appearance and her infamous pose but give her a chance will ya?
Dia muda lagi, mesti buat salah..uols pun pernah jadi muda kan? You know lah the situation.
Jangan judge dia dulu, dengar kata dia study macam gila-gila kat sana untuk mendapat keputusan yang baik. Jika benar lah ini berlaku, give her a break will ya? Bagi dia belajar dulu elok-elok, kita tengok samada dia fail atau tidak. Jika dia fail, memang nak kena lah kan, suruh dia bayar balik semua.
Tetapi CuteCarry yakin Amalina tidak akan fail, dia akan belajar sungguh-sungguh.
Good luck Amalina!!
CuteCarry di Oxford zaman muda-muda trang tang tang..
ps: Amalina, I suka make up you, if all else not working, you can always be a great make up artist.