
Kursus IMEJ bersama Kolej PTPL
28 Januari 2014Pulau Pinang adalah antara destinasi CuteCarry untuk mengendalikan kursus dan kali ini ia adalah di ICU JPM. Walaupun CuteCarry berada disini dalam masa yang amat singkat, pelbagai telah dapat dikongsi bersama dengan pegawai dan kakitangan ICU JPM Penang.
Antara yang disentuh ialah ABC-Appearance (Ketrampilan), Behaviour (Kelakuan/Protokol/Etiket) and Communication (Komunikasi).
Terima kasih!!!
Sebenarnya ada peristiwa berdarah disebalik kursus tersebut. Pada pagi sebelum kursus dilaksanakan, CuteCarry mengadakan aktiviti biasa CuteCarry iaitu berjogging (morning run).Tetapi hotel tiada gym ataupun trek jogging dan CuteCarry pun mengambil risiko untuk berlari pada jam 6.30 pagi disekitar kawasan sekitar kaki lima Hotel Heritage 1926. Malang tiada berbau, didalam keadaan yang agak gelap, CuteCarry telah terjatuh kerana terdapat lubang di tepi kaki lima yang bersimen.Keadaan berlaku agak cepat dan tanpa disedari kaki terasa amat sakit dan bila dilihat, luka agak dalam dengan darah yang amat banyak. I can see my flesh!
Kelas akan bermula pada pagi tersebut dan klinik yang berdekatan masih tidak beroperasi. CuteCarry tiada pilihan selain daripada berjalan dalam keadaan yang sakit ke 7-11 yang berdekatan untuk membeli plaster dan membalut luka tersebut.
CuteCarry bersiap (can you image the pain waktu nak membersihkan luka!) dan terus ke ICU Penang untuk mengendalikan kursus walaupun dalam keadaan yang agak sakit dan terasa darah masih mengalir. Nasib baik kesan darah tidak kelihatan di seluar. CuteCarry hanya ke klinik setelah habis kursus. Doktor memberikan suntikan dan membersihkan luka. Alhamdulillah doktor mengesahkan tiada apa yang serius.
CuteCarry with an old friend kak Idawati.. tak sangka jumpa sini! Thank you to semua yang jemput CuteCarry, terutamanya ex DPA students yang mengesyorkan CuteCarry kepada ICU Penang. Thank you very much.
Itulah antara pengorbanan yang terpaksa dibuat jika komitmen telah diberikan. CuteCarry tiada pilihan lain selain daripada memberikan yang terbaik untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Penganjur pun terkejut bila ketika tamat kursus, CuteCarry memberitahu berkenaan kemalangan dengan kaki masih sakit dan berdarah.
Alhamdulillah, CuteCarry telah mendapat tempahan (job) untuk mengendalikan sesi seterusnya.
LIFE GOES ON… AS USUAL KERANA…..
Tahukah anda bahawa dalam keadaan yang sakit pada petang tersebut CuteCarry juga masih sempat bershopping di H&M dan butik-butik sekitar Gurney Plaza? Antara barangan yang disambar ialah beberapa helai sweater,cardigan dan pakaian untuk anak-anak saudara CuteCarry.
Shopping untuk Chinese New Year. Such a great theraphy!
Jika berminat menjemput CuteCarry mengendalikan kursus, hubungi 0193290397.
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini