CuteCarry’s Men Fashion Tip: Skinny Tie untuk kemeja
29 Mei 2013Bagasm: Mulberry Willow – 2 beg dalam 1
1 Jun 2013Antara perkara yang paling membuatkan CuteCarry excited ialah bila dijemput untuk memberi ceramah untuk pelajar universiti. Kenapakah CuteCarry excited? Bukan kerana CuteCarry suka budak-budak muda ye.. (no!_ ) tetapi kerana keinginan untuk berkongsi bersama mereka pengalaman CuteCarry.
CuteCarry bersama dekan, pensyarah-pensyarah dan urusetia program.
Talk selama lebih kurang dua jam ini adalah dibawah anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ia adalah untuk melengkapkan pelajar tahun akhir untuk menghadapi dunia pekerjaan. CuteCarry berkongsi berkenaan apakah yang perlu dan elak untuk menghadapi temuduga. Panel penemuduga selaluya sudah mendapat gambaran awal samada ingin memberikan surat tawaran pekerjaan atau tidak semasa calon melangkah masuk ke bilik temuduga. Oleh itu, penampilan adalah amat-amat penting. Tetapi bukan hanya penampilan sahaja yang penting tetapi bagaimana juga etika dan komunikasi semasa temuduga.
Thank you to FSSK for a wonderful morning!
Jika berminat mendapatkan perkhidmatan penganjuran latihan untuk agensi kerajaan dan swasta di bawah syarikat CuteCarry, boleh call 0193290397 atau click disini.
C untuk CuteCarry daripada tiga jurusan berbeza di bawah FSSK!