Shoegasm: Debenhams @ Star Hill buy one free one offer.
8 November 2013Good luck Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013
9 November 2013SPM adalah salah satu pintu untuk ke satu fasa yang lebih mencabar tetapi ajal untuk adik ini kerana meninggal ketika sedang berjuang.
Calon SPM Maahad Saniah, Pasir Puteh,Nursyazwani Arifin, 17, pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sedangkan arwah dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.Namun menerusi hasil bedah siasat yang dijalankan oleh unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM), punca kematian Nur Syazwani Arifin yang meninggal dunia ketika menjawab soalan SPM semalam adalah kerana pecah salur darah ke jantung. Info berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal menerusi laporan Harian Metro.
Al-fatihah.
SPM telah lama CuteCarry tinggalkan (yes.. I am dinasour aged man!) tetapi masih ingat ketika peperiksaan berlangsung. CuteCarry bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh dan TEKANAN untuk mendapat terbaik adalah tinggi. Kami perlu mendapat keputusan terbaik daripada pelajar daripada sekolah biasa nanti kecewa pula keluarga dan guru-guru. Ia amat mendebarkan dan alhamdulillah, CuteCarry berjaya melaluinya. Masuk universiti, bekerja dan akhirnya menjalankan perniagaan sendiri.
Thank you sekolah, thank you cikgu, thank you SPM
Kali terakhir CuteCarry berada di dalam sekolah ialah ketika mengendalikan Kursus 5s untuk Maktab Rendah Sains Mara, Trolak. Wow.. MRSM ini seakan universiti pula infrastrukturnya! Adik..kalau tidak belajar bersunguh-sungguh saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi!
C for CuteCarry bersama Urusetia penganjuran Kursus 5s.