Bagaimana hendak menjadi IKON? (Kursus IKON UMP bersama dengan Universiti Malaysia Pahang)
17 Mei 2015Dituduh lupakan kawan lama?
18 Mei 2015Jika anda ingin menjual insurans, pastikan jenama anda ada. Walaupun syarikat insurans anda mempunyai branding yang gah, tidak bermakna anda perlu diam dan bergoyang kaki. CuteCarry mengenali ramai agen insurans dan salah satu persamaan mereka ialah kerana penjenamaan mereka yang agak teguh. Mereka mempunyai pelanggan yang pelbagai tetapi semakin mereka keatas, pelanggan mereka mula menjurus kepada sesuatu kumpulan. Contohnya ada diantara agen insuran yang dikenali mempunyai ramai pelanggan daripada artis-artis dan ada juga mensasarkan ahli-ahli korporat. Adakah ini secara kebetulan, semestinya tidak.
Mereka mempunyai perancangan yang teliti dan teratur apakah yang mereka ingin capai. Jika strategi tidak tercapai, perancangan akan berubah tetapi tetap mengekalkan matlamat asal.
Antara perancangan awal ialah berkenaan dengan nama syarikat, pemasaran sehinggalah kepada bagaimana untuk agen membawa diri. Jika anda ingin mendekati golongan atasan, takkan pakaian hendak selekeh, mesti ada sedikit sentuhan golongan atasan. Ini bukanlah bermakna kena memakai pakaian yang paling mahal atau membawa kereta yang mahal. Adalah amat menyedihkan jika membeli kereta mahal untuk menarik perhatian orang lain tetapi menanggung hutang yang amat tinggi.
Kursus bersama dengan Agen Etiqa Pantai Timur diadakan di Etiqa Takaful Terengganu.
Kursus untuk di Terengganu adalah untuk Agen Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan.
Bersama agen-agen Kelantan.
Walau dimanapun berada sempat berjogging disekitar Kuala Terengganu. Ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan.
Jika sudah jogging, kita makan! Bertembung dengan restoran cina yang menghidangkan makanan halal.
Nasi minyak terbaik dan tersedap hanya terdapat di Terengganu!
Badan mula memprotes bila tiada rehat kerana memenuhi undangan job yang tidak berkesudahan. Suhu badan mula meningkat ketika dalam perjalanan pulang dan terpaksa mencari panadol disertai dengan kerepok lekor cheese di lapangan terbang.
Terima kasih terhadap maklumbalas yang amat memberangsakan daripada peserta.
Sesi selanjutnya adalah di Ibu Pejabat Etiqa Kuala Lumpur. Peserta datang dari seluruh negara.
Terima kasih kepada Etiqa Takaful kerana kepercayaan yang diberikan. Moga kita dapat bekerjasa lagi dilain masa. Ini bukanlah kali pertama CuteCarry bersama mereka, dalam masa beberapa tahun lepas, CuteCarry adalah penceramah utama dijemput untuk mengendalikan kursus bersama mereka. Alhamdulillah…
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA