Mek Wook the Legend
15 September 2009Vote For Miss Malaysia World 2009
25 September 2009“Designer bag’ adalah sesuatu yang perlu ada! Beg yang beribu-ribu ringgit adalah menjadi setiap orang; samada dia adalah fashionista, separa fashionista atau apa-apa pun kategori anda, jika ada yang menjinjing designer bag, akan terdetik di hati “cantiknya beg tu, mesti mahal!”
Malangnya, designer bag memang mahal. Beg Louis Vuitton “Neverfull” mencecah hampir RM3,000. Bagi yang mampu, mungkin ia jumlah yang tidak seberapa, tetapi bagi yang hanya bergaji sekitar Rm3-4 ribu, membeli beg ini mungkin bermakna terpaksa mengumpul duit untuk jangka masa yang lama ataupun terpaksa menghabiskan had kad kredit ataupun menunggu untuk “dihadiahkan” oleh sugar daddy atau boyfreind dan sebagainya.
Perlu diingatkan disini, membeli beg tiruan bukan sifat seorang fashionista!
Tetapi apakah yang hendak anda lakukan jika perjumpaan bersama rakan lama sekolah adalah minggu depan, boyfreind anda seorang yang miskin dan tiada sesiapa yang sudi untuk menaja anda membeli sebuah “Neverfull”?
Jawapannya ialah menyewa beg!
Perkhidmatan ini disediakan di laman web bags in the city.
Macam pernah dengar kan? Memang pun sebab pengasasnya Tan Kheng Hua mendapat inspirasi setelah menonton filem “Sex and the City”. Mungkin anda masih ingat Carrie (Jennifer Hudson) bertanya kepada pembantunya (Jennifer Hudson) tentang kemampuannya membeli LV sedangkan dia tidak bekerja.Pembantu tersebut menyatakan bahawa dia menyewa beg tersebut di bagborroworsteal.
Konsep yang sama digunakan di bags in the city. Anda boleh meminjam beg -beg berjenama seperti Coach,Gucci,Marc by Marc Jacobs, Burberry, LV