Kursus Penulisan Laporan bertujuan untuk memberikan peserta kemahiran praktikal dalam menyusun laporan yang jelas, teratur, dan berkesan. Peserta akan mempelajari struktur laporan, teknik penyusunan maklumat, dan cara menyampaikan idea secara terperinci dan padat. Kursus ini juga memberikan penekanan kepada kejelasan bahasa, pemilihan perkataan yang tepat, dan cara menyusun laporan untuk mencapai objektif komunikasi yang ditetapkan.
Melalui latihan penulisan dan analisis laporan sebenar, peserta akan dilibatkan dalam pembelajaran yang interaktif dan praktikal. Kursus ini sesuai untuk profesional dari pelbagai bidang, terutama mereka yang terlibat dalam penyediaan laporan perniagaan, laporan projek, atau dokumentasi berstruktur lain dalam konteks kerjaya mereka.
Penceramah dan fasilitator berpengalaman dalam bidang kerajaan dan swasta.
