Perwatakan yang membunuh diri (sekitar kursus bersama warga Universiti Malaya)
11 Februari 2015Imej Korporat untuk pegawai khidmat pelanggan (Kursus bersama Tenaga Nasional Selangor)
22 Februari 2015Law of attraction. Itu adalah praktikal dan gaya pemikiran yang mengubah hidup saya sehingga ke hari ini. Jika kita berfikiran positif dan fokus kearah itu, ia adalah tanda untuk perubahan yang lebih baik. Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan amanah untuk menganjurkan kursus PERSONAL TRANSFORMATION untuk kakitangan yang bertugas. Antara topik yang dimuatkan itu adalah berkenaan daya tarikan ataupun Law Of Attraction (LOA).
Kebanyakan peserta langsung tidak menyangka yang seminar selama dua hari ini dipenuhi dengan pelbagai perkara yang tidak mereka jangka contohnya konsep Law Of Attraction. Konsep ini bermula dengan anda PERLU TAHU apa yang dikehendaki. Jika kita pun tidak pasti, bagaimana hendak mencapai apa yang dikehendaki kan? Contohnya, jika hendak kaya, apakah makna kekayaan kepada anda? RM10,000 ? RM100,000 atau RM1 juta? Kekayaan berbeza antara satu sama lain kerana keperluan dan persekitaran memberikan acuan kepada kehendak kita.
CuteCarry telah telah menerangkan konsep VISION BOARD.
Sebenarnya, saya mempunyai vision board tetapi atas sebab-sebab tertentu biarlah ia rahsia , saya hanya ambil konsep vision board ini daripada internet. Apakah yang dikehendaki oleh orang yang membuat vision board tersebut? Anda dapat melihat keratan gambar-gambar daripada majalah berkenaan bentuk-bentuk badan ideal. Ia memberi petunjuk yang pemilik vision board ini mahukan badan seperti diatas!
Itu adalah langkah asas didalam konsep ini. Seterusnya, mereka perlu berangan untuk mendapat apa yang telah diidamkan. Ada diantara peserta yang tidak tahu apa yang dikehendaki pada hari pertama tetapi telah mendapat idea untuk apa yang perlu dilakukan didalam hidup pada hari kedua. Idea tersebut telah dikongsi bersama semua peserta dan diperolehi pada malam sebelumnya!
Pelbagai tips lagi telah dikongsi. Hidup anda adalah sesuatu yang hebat. Anda hanya perlu tahu cara untuk mencar kehebatan itu.
Terima kasih kepada semua!!