Menangi Max Factor False Lash Effect Waterproof Mascara dan Second Skin Foundation
31 Januari 2011Selebriti liat pulang baju yang disponsor?
5 Februari 2011CuteCarry telah dijemput untuk memberi ceramah di Masterskill University College of Health Sciences dengan topik utama apakah penampilan yang sesuai untuk menghadiri temuduga. Antara yang ditekankan ialah “be safe!’.
Comel-comel kan pelajar di sini. Mereka akan terlibat didalam bidang kesihatan/perubatan.
Yes boys and girl be safe!!!Temuduga bukanlah tempat anda untuk mencuba sesuatu gaya pakaian yang anda lihat di Sungai Wang. Ia adalah lebih kepada gaya profesional dan korporat kecualilah jika anda hendak pergi menghadiri ujibakat Akademi Fantasia atau Raja Lawak.
First Impression count and you must know what to wear.
Cutecarry telah mengagakan pelbagai temuduga dan antara yang paling paling perlu dielakkan ketika temuduga untuk kerja profesional ialah:-
i. rambut panjang untuk lelaki:
guys… potonglah rambut tu. Memang best rambut panjang ketika di kolej tapi ketika hendak masuk ke alam pekerjaan, rambut perlu dipotong pendek TAPI jangan sampai botak! Rambut boleh tumbuh dan panjang kembali tetapi jika terlepas kerja hanya kerana rambut anda yang tidak dipotong pendek tu, alangkah ruginya!
ii. Legging/skinny/ seluar terlalu ketat:
CuteCarry pernah mengadakan satu sessi interview dan salah seorang pesertanya memakai legging beserta kemeja ke temuduga. Ada dua kemungkinana, samada dia memang dipaksa datang temuduga tersebut oleh bapa dia walaupun dia benci dengan kerja tersebut ataupun dia ini masih mahu hidup di alam kebudak-budakan..tidak mahu matang dan sahaja menunjukkan kebodohan dia dengan memakai legging untuk temuduga sebagai pegawai pentadbiran!
iii. Minyak wangi/krim rambut yang berbau terlalu kuat:
Masuk je dalam bilik temuduga, satu bilik bau minyak wangi sampai hendak pengsan penemuduga.Lelaki pula minyak rambut boleh buat masak dan bau pula punyalah kuat. Less is more!!!!!
iv. Make up yang terlalu tebal
Amy Whinehouse pun kalah bila dia make up mata dia!! Si penemuduga nanti ingatkan yang masuk tu hendak jadi pegawai ke nak jadi pelakon utama cerita Hantu kak Limah?
Itu adalah diantara NO-NO berkenaan dengan penampilan ke temuduga.
Jika mahu saya memberi ceramah di tempat anda,hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click di sini