Seminar menjadi EMCEE TERBAIK oleh Pengacara Selamat Pagi Malaysia
30 September 2012Dashing untuk lelaki sejati!
1 Oktober 2012CuteCarry telah menyaksikan kemalangan betul-betul didepan mata CuteCarry. Kejadian berlaku sekitar jam 10 malam, CuteCarry baru habis discussion mengenai projek terbaru. Sebuah motor didepan CuteCarry tiba-tiba terhoyong-hayang dan kemudian terus terbabas tengah-tengah jalanraya. Hampir terpelanting dua orang (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang membonceng motosikal tersebut. CuteCarry yang memandu dibelakang motor tersebut terus berhenti dan turun daripada kereta. DARAH MENGALIR DIATAS JALAN RAYA.
Beberapa orang pemandu kereta pun sama-sama turun. Dua orang pembonceng motosikal tersebut, terbaring diatas jalan raya. CuteCarry pun terus terbayangkan cerita Grey Anatomy dan ER! Terus buat-buat sibuk macam dalam cerita tu, cuba nak mengangkat mereka dan memberikan pertolongan kecemasan. Keadaan kelam kabut, tangki oksigen dan lain-lain
Gosh.. CuteCarry, jangan cuba nak berangan sangat berlakon dengan Dr MrSteamy dan Dr Meredith Grey boleh tak?
Back to the real story…
Sebenarnya setelah melihat dua orang yang terbaring diatas jalan raya, seorang pemandu teksi berketurunan India berhenti untuk menolong. Nampaknya dia sangat-sangat berpengalaman dalam hal-hal orang accident ni. Dia yang arahkan kita buat apa yang patut. Pertama sekali ialah mengangkat mangsa kemalangan lelaki ditepi jalan. Dua orang angkat bahagian kaki dan CuteCarry angkat bahagian bahu. Kita berjaya mengangkat dia ke tepi jalan.
Mangsa perempuan boleh berjalan tetapi mukanya masyallah… cedera teruk. Rosak muka dia. Ternampak cebisan daging yang terkoyak di sekitar hidung dan darah keluar tidak berhenti-henti. Tangan dia pun darah tidak berhenti-henti keluar. Kesian tengok muka dia.
Seorang lagi leader pada kejadian tersebut ialah seorang wanita melayu pertengahan umur. Sangat cool.Seolah-olah dah biasa menguruskan orang kemalangan. Dia mengeluarkan air daripada kereta dan membantu mengelap darah pada mangsa perempuan.
CuteCarry pula tanya soalan bodoh (I don’t know why I asked,maybe because of the blood!).. soalannya ialah “Ambulan punya nombor 999 ke?”
Of courselah 999 kan.. takkan 755-25-25 itu Pizza Hut! (CuteCarry cakap dengan diri sendiri!)
CuteCarry cuba call tapi tidak dapat, tetapi bila orang lain call dapat pula. Did I just dialed other number? I’m not sure!
Ambulan dalam perjalanan. Darah mengalir tidak berhenti-henti. Nothing we can do but waiting. CuteCarry masih kesian tengok muka mangsa wanita.
Sekarang masa untuk uruskan barangan dan kenderaan mangsa. Kalau ditinggal disitu sahaja motor tu haruslah lepas tu kena curi kan. Uncle India tersebut pun mengunci motor tersebut di tiang ditepi jalan.
Barangan pula dikumpulkan didalam satu plastik. Kita pastikan semua barangan daripada wallet, purse,handphone,kunci motor didalam satu bekas. Kalau dibiarkan bertaburan, maknanya hilang la lepas tu…
Semakin ramai orang yang berhenti. Disebabkan CuteCarry yang paling hadapan, ada yang tanya adakah CuteCarry yang melanggar mereka.
Cepat-cepat CuteCarry jawab “of course not.. I tolong je!’. Naya je kalau kena tuduh kan.
Ramai orang yang berhenti untuk melihat apa yang berlaku. Sementara menunggu ambulan, sempat jugalah kita sembang-sembang dengan mangsa. Sebenarnya mereka adalah pasangan tunang dan maknanya mereka akan berkahwin.
O-M-G. Macam mana hendak berkahwin dengan muka perempuan yang cedera tu.Harus tinggal parut. Rosak muka dia!
Mangsa lelaki cuba hendak lap muka tunang dia yang penuh dengan darah tetapi cepat-cepat CuteCarry kata jangan.. nanti benda lain pula jadi.
Perempuan tu pula cuba hendak membuka cincin nya kerana jarinya penuh darah. CueCarry kata jangan!
Dia tanya “adakah doktor akan potong “..
CuteCarry pun dengan confidentnya cakap “mana ada potong, doktor akan buat elok-elok”
Yang penting confident!
Akhirnya ambulan pun datang. . .. Mangsa mengucapkan terima kasih kepada semua sebelum dia dibawa masuk dalam ambulan.
Rasanya kaki lelaki tu patah. Check-check balik pula kemalangan disebabkan oleh tayar motor yang tiba-tiba meletup. Patut pun CuteCarry tengok motor terhoyong hayang lebih kurang 10 meter sebelum terbabas. Kalau lah CuteCarry bawa laju sikit je, rasanya CuteCarry pun langgar dia. Lagi parah!
CuteCarry tengok baju auntie tu terpercik darah. Baju CuteCarry pun rasanya macam terbau darah..
Uncle India pemandu teksi tu kata baik buang pakaian yang terkena darah orang kemalangan.
Buang?
Kesimpulannya kena buang baju Pepe Jeans, Jaket Adidas , Kasut Zara dan jeans takde brand berharga RM60 dibeli di Pratunam, Bangkok?
I don’t think so. Sampai rumah CuteCarry mandi sebersih-bersihnya dan pakaian akan dihantar ke dobi je.
Gambar CuteCarry dan Didie Alias ini tiada kena mengena dengan cerita diatas. Cuma baju Burberry yang CuteCarry pakai tu kawan CuteCarry kata macam baju doktor bedah.Konsep wad kecemasan sangat!
Lite-Lite. That’s it!